Tuesday 30 April 2013

Tooth brushing Drill @ Tadika Bistari Ilmu

oral health kit yg pinjam dari Sister Nor, u save my day 

Last month pengetua tadika Alisha mintak tolong me buat demonstrasi memberus gigi untuk student kat tadika ni. Biasanya kalau tooth brushing demo ni dental nurses yang buat. Jarang dr akan buat except kat adult. Tapi sebab kesian dan fikirkan apa salahnya buat khidmat masyarakat macam ni, me pun setuju. So sebelum bagi cermaah(konon-kononnya) me cari lah materail yang diperlukan. sebab kalo nak buat demo kena le ada model gigi baru le berkesan gitu, masalah problemnya me takde model gigi tu. (nama je Dr gig kan.. haih!) Nasib baik sister Nor ada Oral Health Kid lebih so dapatlah me pinjam.

 So pada Jumaat hari tu me hantar Alisha ke tadika dan terus stay situ sebab program tu bermula pukul 9 pagi. Malas nak patah balik rumah so just stay kat situ menunggu. So sementara tunggu tu, me mengerjakan boipren baru i, Mr Nikon. Dah kata baru beli kan, so mestilah teruja nak try snap2 gambar.
Alisha sekodeng mama dia dari celah grill

the kids excited sungguh tgk camera
So start pukul 9 pagi, me bagi ceramah dan demonstrasi tentang cara-cara memberus gigi yang betul. i Kept it as simple as i can, biasalah kalo beri ceramah kat kids yg berusia 4-6 tahun memang banyak cabaran. So lepas berleter berceramah serba sedikit me tunjukkan cara memberus gigi dengan betul. After that the kids pula yang cuba berus gigi sendiri under my supervision. Cikgu-cikgu dah suruh the kids bawa berus gigi dan cawan siap-siap dari rumah. So masa berus gigi tu macam-macam aksi dan perangai budak-budak ni. It was fun anyway.. tapi i would be best if the parents dapat join this activity. Sebabnya budak-bidak sebesar 4 tahun tu mana lah paham sangat nak berus gigi dgn betul. Sudahnya nanti dibuat main pulak berus gigi tu lagi-lagi dapat tooth paste yang macam-macam perisa tu. Kalau the parents dapat join, lagi bagus sebab sepatutnya parents yg kena berus gigi anak mereka. kalau budak 6 tahun tu maybe dah faham but still the parents kena supervise. So i hope, next time bole lah involve kan parents sekali. 
Penat dah menaip ni, so lets the picture speak...


dental check up sambil baring

Alisha mengantuk dengar mama dia berceramah












No comments:

Post a Comment