Tuesday 9 April 2013

Ho Chi Minh City

Day 2

Hari ni we all ke Delta Mekong. Remember, Sungai Mekong yang belajar time geografi masa sekolah dulu? so here we are. We all amik tourist guide Ason, kenal ni pun dari forumner CARI. Thanks to forumner CARI. U guys rocks! Ason ni pernah kerja di Muar 6 tahun so dia tau cakap melayu dan juga faham keperluan muslim macam makanan halal dan tempat sembahyang. Me dah survey tour ke Mekong and kalau private tour Ason ni paling murah. Mula-mula dia bukak harga 20 usd per person. Kids are free. Me mintak kurang dapat 18usd per person. The tour include private tour, entry fee to Mekong and halal lunch. Ada juga travel agent yg lain lagi murah contohnya Tuan Travel tapi masalahnya tu bukan private tour dan agak was-was kehalalan makanannya. Memandangkan kami semua mahu ke Mekong dalam group kami je, so kami ambil dengan Ason.
Perjalanan ke Mekong mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. So lebih kurang pukul 10 pagi we all sampai di jeti sungai Mekong. Masing-masing kemaruk beli topi vietnam which cost us usd 1. Damn cheap.

Us ready to row the boat
me and my other half
row the boat, awesome

Lepas naik boat besar untuk cross the river, then tukar plak naik sampan kecil yang bole muat 4 orang. agak gayat jugak lah naik sampan ni. first time in my life. lepas naik sampan lebih kurang 15 minit sampai ke tempat menternak lebah. kat sini kami di beri minum air madu dan limau nipis. sedap. then kami berjalan ke perkampungan vietnam. kat sini kami dijamu dengan buah tropika dan juga persembahan nyanyian. kat area sini banyak stall yang jual souvenir seperti beg sulam. Sini lagi murah dari pasar malam kat ben thant. tshirt pun lebih murah di sini.
antara buah yang dihidangkan
amoi vietnam menyanyi
Lepas dari tu kami naik boat semula untuk pegi lunch. Lunch di restoran halal. not bad. nasi goreng, ayam goreng, telur goreng, sup ayam, taugeh goreng dan buah tembikai. kat restoran ni ada surau so boleh sembahyang kat situ.
halal food in mekong
Lepas makan dan solat, kami pergi ke lain kampung untuk melihat pembuatan coconut candy. kat sini pun ada taman buaya. banyak juga buayanya.. habis tour mekong lebih kurang pukul 3.30 pm dan kami sampai ke hotel lebih kurang pukul 5. kami letak barang dalam bilik then terus keluar semula untuk ke Saigon Square. Kat saigon square ni jual lebih kurang benda yang sama dengan ben thant tapi kat sini bukak sampai 9 malam. Dari hotel kami berjalan kaki je tak sampai 10 minit dah sampai. Bercakap mengenai berjalan kaki, benda yang paling scary adalah nak cross jalan. sebab banyak sangt motor. the tip is, u cross the road slowly and don't stop in the middle. kalo tak sure ikut the local cross the road. Kat saigon square ni me beli beg sandang northface, immitation rm 30. tapi kualiti memang bagus and i don't mind. Balik dari Saigon Square me and hubby jalan-jalan area pasar malam dan terjumpa satu kedai beg di belakang pasar malam. Beli lagi beg northface 40L dengan harga RM 70. Seller tu kata original but i doubt. But the quality is superior than previous beg yg i beli di saigon square. 

to be continued...













3 comments:

  1. Salam...nak tny..macam mana nk contact tourist guide Ason tu yer?

    ReplyDelete
  2. Salam.. Boleh emailkan sy contact no. ASON x kat izyanfairuz@gmail.com ? Trime kasih..

    ReplyDelete
  3. boleh minta detail ASON..email areza.uitm@gmail.com
    terima kasih

    ReplyDelete