Monday 30 November 2015

Spring in Down Under 2015 Part 2

Great Ocean Road (GOR)

Hari ni pagi-pagi lagi dah bangun. Subuh awal di Melbourne, pukul 4 ++ dah subuh dan pukul 6 am tu dah macam pukul 8 kalau kat Malaysia. We start the tour awal hari ni, 7.00 AM dah keluar dari apartment yang we all sewa. Mula-mula nak amik tour package by travel agency tapi bila survey, paling murah boleh dapat sorang AUD 90. We all berenam, so drive sendiri lagi jimat. Kereta sewa untuk 2 hari AUD 204, minyak pergi balik Great Ocen Road ni AUD 80. So total expenses untuk sewa kereta plus minyak AUD 282, bahagi 6 org baru AUD 47 sorang. Kan lagi jimat kannnn... Kalau sewa kereta, sewa sekali GPS. Macam I sewa kat eastcoast rental tu, GPS dah included sekali dalam bayaran. So tak payah top up apa-apa. Ada certain company, GPS kena tambah duit. So itu salah satu sebab kenapa I pilih eastcoast rental. Yamg paling penting, kat GPS tu terus set FREEWAY so dia akan tunjuk jalan tanpa tol. Kat Australia ni, dia takde pondok tol macam kat Malaysia, bila lalu tol, dia akan terus automatic charge kat card. So nanti credit card u akan terus kena charge untuk tol.

Nak drive ke Great Ocean Road pun tak susah.. signboard bersepah-sepah. Ikut je Highway M1 then banyak sign board Great Ocen Road. I suggest masa pergi tu ikut jalan pantai then time balik terus ikut signboard ke Colac. 

This is my journey masa pergi GOR

Torquay (small town and ada beach) --> Angelsea---> Airey's Inlet (Kat sini ada Split point lighthouse, sila cuba scone kat sini, sedap giler)--> Lorne ( ada GOR memorial archway) ---> Kennet River (kat sini bleh tgk wild koala, tapi kena mendaki bukit sket. Macam I hari tu, I bawa je kereta naik atas bukit tu.. byk giler koala.. and the view from the top of hill memang awesome) --> Apollo Bay (bleh lunch kat Iluka Restaurant)-->Cape Otways( castle cove lookout point)--> Port Campbell (ada 12 apostles, Lord and George, London bridge, the arch)

To me, if u go to Melbourne, Great Ocean Road is the must. Walaupun jauh dah nak sampai 600 km tru n fro, but really worth it. The scenery jalan tepi pantai mengadap Pacific Ocean memang tak dapat jumpa kat tempt lain. I tak tidur langsung pun masa Great Ocean Road ni sebab leka tengok ciptaan Allah yang indah. Make sure you bring thick jacket sebab memang sejuk kat Great Ocean Road ni. I under estimate ingat tak sejuk, so bawa light cardigan je. Sampai sana, terpaksa beli jacket sebab tak than sejuk. Terbang AUD 30 huhuhu. Tapi sayang time I pegi GOR ni, cuaca tak berapa elok. Gloomy je dan sesekali human renyai-renyai. So gambar pun tak berapa cantik huhuuhu. Apa nak but, redha je la.
Jacket purple 30 AUD yg I pakai tu baru beli sebab sejuk 

12 Apostles. Kat sini angin kuat gila. Rasa nak terbang badan I. 


Split Point Lighhouse





Masa balik , I ikut jalan dalam. Ikut sign board ke Colac so jimat masa sikit. Masa on the way balik akan lalu ladang-ladang ternakan lembu dan biri-biri. Dapatlah jumpa lembu pakai loceng tu.. The scenery memang cantik. Kalau tadi permandangan pantai dan laut, kali ni lalu kawasan berbukit bukau padang rumput tempat ternakan lembu dan kambing biri-biri. 

Nampak tak lembu tu tgh buat apa? Tak tau mcm mana bole ter snap












Saturday 28 November 2015

Spring in Down Under 2015 Part 1

KL-Melbourne Day 1


Assalamualaikum...

Bersawang dah blog ni.. tuan tanah busy memanjang tak sempat nak update blog. I baru balik dari Down Under trip.. actually takde lah baru sgt... dalam 3 minggu lepas. Trip down under ni sebenarnya sebab I terlibat dengan presentation di international conference kat Melbourne. So dah sampai Melbourne, singgah jap melawat Sydney.. kampung halaman katakan.. tempat jatuh lagikan di kenang ini kan pula tempat amik exam fellowship...ahahahaha. Bak kata one of my boss, I ni dah macam PR Australia kaedahnya... choi.

Trip kali ni trip berjemaah bersama senior2 ku... kakak2 dan abang kawasan OMFS ahahaha. Kali ni I bawa sekali my hubby, selalu pegi Sydney hubby kena tinggal :)
I naik flight MAS bertolak dari KLIA dalam pukul 9.40 PM kut, dah tak ingat dh. Landed kt Melbourne pagi tapi tak ingat pukul berapa.. short term memory loss ahahaha
Sampai Melbourne Airport nak immigration and custom clearance hampir 2 jam. Biasalah kan Australia claim diaorg ni the most strict immigration in the world. I dah biasa dah sebab selalu pegi Sydney nak clear immigration memang berjam-jam. Kata PR oz.. ahahaha

So lepas immigration clearance, kitaorg tunggu kawan Kak Ana. Her name is Kak Ayu. Kak Ayu ni Malaysian yang ada bukak klinik kt Melbourne dan memang dah jadi PR Oz. Memandangkan kami ni berenam, so nak masuk satu kereta confirm lah tak muat dengan luggage semua. His name is Brother Tarmizi, he is Indonesian memang lama dok Oz dan dah dpt PR dah pun. Dekat je rupanya rumah Kak Ayu ni dengan airport. Rumah kak Ayu di Northern Melbourne to be exact Broad Meadows. Breakfast kat rumah kak Ayu, then Kak Ayu ajak stay lunch kat rumah dia. Sementara tunggu Kak Ayu masak, we all jalan-jalan keliling rumah dia dan klinik dia. Klinik dia sebelah je rumah dia. Dari tingkap rumah dah boleh nampak klinik dia. Bestnya kalau boleh buat klinik depan rumah :)

We all lunch Lamb Beriani yg kak Ayu masak. Terbaikkkkk.. sedap giler lamb kat Oz ni. I memang tak makan lamb kalau kat Malaysia tapi kalo kat Oz ni lamb dia sedap lain macam. Maybe sebab kambing Oz hanya makan makanan yg berkhasiat kut hehehe
Lepas solat Jamak, Brother Tarmizi hantar amik kereta sewa kat eastcoast rental. We all plan nak ke Great Ocean Road esok pagi so kena amik kereta hari ni takut esok kelam kabut. So lepas dapat kereta, we all drive ke service apartment di Whiteman St, Southbank. Later nanti I story about car rental di Melbourne dan our accommodation.

Belanja sket gambar2.... #jgnckpakaktakpayung


St Kilda Beach
12 Apostles..angin kuat giler










Wednesday 15 April 2015

Stone Cafe, Bandung

Assalamualaikum…



Makan lagi.. hihihi.. i love cooking, i love food so mestilah nak story pasal food jugak kan :)
This time i nak share Stone Cafe, Bandung. Stone Cafe terletak  di Jl Dago Atas.. Atas bukit and awesome place. Actually tak plan pun nak pegi dsna. Last night kami di Bandung, saja nak cari tempt yang tak pernah pegi dan menghabiskan lebihan rupiah. So lepas shopping i suruh Pak Wawan hantar ke Stone Cafe. Tak jauh jugak dari Kota Bandung lebih kurang setengah jam perjalanan. Tapi jalan nak pegi Stone Cafe ni memang kena mendaki.. sebab terltk nun di atas bukit Dago. Jalan memang kecik dan banyak selekoh. Agak menyeramkan lah jugak. Tapi bila dah sampai atas memang worth it.. stunning view from here. Can see Bandung town from here. Kami duduk di pondok di lereng bukit. Dari pondok yang kami lepak memang boleh nampak kota Bandung.. Romantic place, nice ambience.. Ada live band lagi.
Food kat sini boleh tahan sedap. I order Australian Sirloin Steak, roasted chicken, nasi ayam penyet dan  choc lava cake as dessert.. Semua sedap. Berbaloi baloi. Total expenses makan kat sini lebih kurang RM 200. Too me quite cheap sebab kalo fine dining macam ni kat Malaysia memang mahal lah.. dengan makan atas bukit.. service tip top..
Kalau berkunjung ke Bandung, boleh try makan kat sini

entrance 
pondok di lereng bukit

pondok yang awesome

Tuesday 7 April 2015

Bandung Part 2 - Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum…


I nak share tempat-tempat makan kat Bandung. One of the reason I suka pegi bandung because of food.   I suka dengan makanan kat Bandung.. kena dengan tekak I. One of my favourite place is D'Cost. D'Cost ni serve seafood dan every time datang Bandung mesti I akan pegi makan kat Da' Cost without fail. My hubby pun suka gila makan kat sini. Makanan sedap dan harga pun x mahal. Tapi baru-baru ni yang I pergi makan kat situ, almost the food there dah naik harga. D' Cost ni banyak cawangan kat Bandung. Sebenarnya D'cost ni banyak  cawangan kat Indonesia. Kat Jakarta pun ada kalau tak silap. Tapi yg I selalu pergi main branch kat Jl Sukajadi. Yang best kat sini, nasi , teh O dan air kosong memang dia bagi free flow. Our favourite food kat sini ialah ikan gurame bakar.. menu-menu yang lain pun sedap jugak. D'cost ni memang dah diiktiraf halal oleh Majlis Ulama Indonesia. Klik sini kalau nak tengok website D'cost.
D'cost Seafood

Visit kali ni I try makan kat new place, actually takde lah baru sangat tapi sebab I tak pernah makan kat situ so consider baru lah :) Praoe Seafood ni terletak dekat Jl Sumatera. Actually Praoe tu dalam bahasa melayu is perahu. kat kedai  memang tu ada perahu tersadai :P  tu . Actually i tau pasal restoran ni pun Pak Wawan yang suggest. Katanya lagi murah dari D'cost. Pada I harga lagi murah dari D'cost, tapi I rasa macam D'cost lagi sedap. Tapi Hubby I lagi suka Praoe. different people different taste kut..




Dua budak kenit dan perahu :)


Sunday 5 April 2015

Bandung Part 2- Cleo Guest House

Assalamualaikum semua…..


So this entry is about hotel or guesthouse yang i stay kat Bandung untuk kali ni. This time, i booked kat www.agoda.com . Cleo Guest House ni terletak di Jalan Cemara, dekat dengan Paris Van Java, Rumah Mode. Guest house ni baru lagi. Dekat dengan covinient store yang madam 7 E tu, tak ingat apa namanya. Tapi memang walking distance. Interior design yang catchy dan modern. Tapi disadvantage guest house ni takde lift or elevator so kena lah mendaki tangga.. tak salah i guest house ni ada 5 tingkat. So i hari tu stay di tingkat 2 bilik 202. So tiap-tiap hari lena mendaki tangga… takpelah boleh burn kalori gitu :P so tak recommended pada elderly, kesian nanti nak panjat tangga. Bilik yang i stay adalah bilik family. Besar jugak untuk kami anak beranak. Ada satu katil queen dan satu katil single. TV flat screen yang banyak giler channel.
the lobby
Guest house ni provide free WIFI… best giler. Dah lah laju giler. Anak-anak i layan youtube tiap-tiap malam sebum tidur. Toilet bersih tapi hari first tu tetiba air takde. Nasib baik kita orang dah mandi time tu. Yang tak best water heater dia macam susah nak control. Bila panas, panas sangat. Bila sejuk, sejuk sangat. Takde in the middle. Tapi i perasan memang guest house kat Bandung memang camtu kut water heater nya. Kat hotel tak tau le plak sebab i rakyat mahraen je tak duduk hotel berbintang-bintang ;)
Kalau stay kat sini, tak payah bawa adapter. Sebab dia dah provide adapter dan jugak extension wire. So senang le nak nak charge gadjet yang macam-macam tu. takde le berebut adapter nak charge. Gigih i bawa sampai dua adapter sebab selalu berebut dengan hubby dan anak-anak nak charge handphone.
Fridge dia pun besar.. bukan mini fridge yang biasa kat hotel tu. Fridge yang disediakan fridge satu pintu. Tea, coffee dan mineral water memang guest house ni supply. Yang paling best, boleh sewa X-box. Tak ingat berapa rate sews X-box tu. Tapi memang murah lah, Giler best guest house kecik ni boleh sewa X-box, macam terkagum pula kejap. Tapi i tak bagitau pun anak i pasal X-box tu. Nanti dia meroyan nak layan X-box tak dapat le nak keluar shopping. Kejam tak i? hahaaha.. Apa barang datang jauh-jauh duduk dalam bilik layan X-box je ;)  Tapi breakfast kat sini memang limited. Either mee goreng or nasi goreng je. Dan boleh pilih nak dihantar ke bilik or makan kat rooftop cafe. kat guest house ni ada rooftop cafe, nice view jugak. Tapi i tak kuasa nak panjat anak tangga pi makan kat atas. Makan kat bilik je senang. So every night staff guest house akan tanya pukul berapa nak di hantar breakfast ke bilik.

Overall i puas hati dengan guest house ni. Bilik dan toilet bersih dan moden. Hospitality terbaik. Staff pun ok. Free WIFI yang main advantage sebab jarang guest house kat Bandung provide free wifi. Cuma drawback takde lift dan breakfast tak sedap.. 

Nora bagi 3 bintang :P

Oh ye, rate bilik family time i stay kat sini IDR 467k untuk weekdays dan IDR 516k untuk weekend.

family room



Saturday 4 April 2015

Bandung lagi dan lagi 2015 Part 1

Assalamualaikum…


Kenapa Bandung?

Ada apa dengan Bandung?

Takde tempat lain ke?


Ni soalan yang kawan-kawan i tanya bila diorang tahu yang i akan ke Bandung untuk kali ke berapa ntah.. I don't have an exact answer. I just want to travel after setahun tak travel jauh-jauh. Nak travel tapi tak boleh cuti lama.. so tempt paling dekat dan tempt yang i paling familiar is Bandung. Sebab sejak habit master ni dan start posting memang teramat busy so tak sempat nak bust itinerary. Tapi sebab Bandung dah memang biasa, so tak yah lah nak prepare itinerary bagai kan.
Actually ticket  Airasia ni aku beli last year lagi. Seperti biasa lah beli time sale. Dan seperti biasa i akan jadi tok nujum ramal cuti sekolah untuk tahun hadapan. sebab biasanya sale airasia ni untuk travel period tahun akan datang dan of course lah takwim persekolahan tak keluar lagi. Nasib baik, ramalanku benar belaka :P

So 14 March 2015 i naik flight direct ke Bandung dari Jb. Ni first time naik direct flight dari JB sebab sebelum ni memang naik kat KL. Flight ok takde delay, sampai kat Bandung lebih kurang pukul 11.30 AM waktu tempatan. Supir memang dah arrange awal-awal. Seperti biasa i memang selalu guna khidmat KAK LINA yang i kenal kat forum cari. Memang kalau ke Bandung dari dulu lagi i akan mintak kak lina arrange. So supir untuk trip kali ni namanya PAK WAWAN. Memang highly recommended. Dalam banyak-banyak supir, ni lah supir yang terbaik. Orangnya dah berusia, umurnya baya abah i. Tapi masih bekerja sebab katanya bosan duduk rumah.

Dari airport i minta Pak Wawan hantar ke Aria Jeans untuk tempah blouse jeans. Aria jeans ni memang terkenal kat Bandung untuk tempahan jeans. Kain pilih di situ pastu kita boleh request nak buat jeans ke, blouse ke, jubah ke. Satu hari je dah siap. Macam i hari tu tempah dalam pukul 12 tghari, pukul 7 malam dah siap dan dihantar terus ke hotel. I tempah blouse panjang, 200k IDR. Kalau convert, dalam RM 60 gitu. I rasa ok je harga tu sebab tempah satu hari dah siap, ikut ukuran badan kita dan siap di hantar ke hotel. Jahitannya kemas dan sedang elok terletak kat badan. Lain kali boleh tempah lagi kat sini :)  Tapi untuk jeans i tak tau pula kualiti jahitannya sebab i tak tempah jeans
while waiting for flight at Senai

Friday 3 April 2015

A COME BACK :) and Graduation

Puhhh… puhhhh… puhhhhh…

Haihhhh.. bersawang dah kat sini… tuan tanah ntah ke mana menghilang..
So this is the comeback.. chewahhh.. macam le ada org nak baca kan.. *facepalm*
Actually i blog ni pon saja2 je.. nak simpan all the memories time travel so that nanti bole tunjuk kan anak cucu *ehh motip?*

Last year memang tak banyak travel.. kalau oversea Sydney je kut masa awal thn 2014. ni dah nak setahun entry Sydney thn lepas pon tak siap2 lagi. Memang i suka peram entry lama2.. biar masak ranum… (alasan sedangkannnnnn… sila isi tpt kosong)

Last year busy sebab final year kan, nak siapkan thesis, nak final exam so hidup i memang agar kucar kacir tahun lepas. Tapi alhamdulillah, finally i managed to complete my master degree despite so many obstacles. Memang mencabar further study bila dah bekeluarga dan ada anak-anak. Mana nak layan suami, mana nak layan anak-anak, mana nak layan buku-buku, mana nak layan thesis. Memang mencabar kesabaran. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa suami dan keluarga akhirnya i lulus jugak.
Walaupun pernah rasa nak give up, pernah nak quit tapi berkat sokongan suami i berjaya jugak habiskan. Thanks sayang for the support <3


Saje nak share pic my graduation. Apa kes dah berbulan-bulan graduate baru nak share pic? hahaaha
eh blog aku, suka ati le :P




Backbone of my Master degree adventure