Sunday 27 October 2013

Penang 2013 Part 4- jalan-jalan-cari-makan

Assalaualaikum and good day,



Punya lah lama nak habiskan entry Penang ni. jenuh nk menghabiskan padahal trip 3 hari je ke Penang.. hihihi


**********************************************************************

Hari ni conference habis awal, pukul 12 tengahari dah habis. So we all decide tak nak lunch kat hotel (jual mahal konon hahaaha) sebab nak makan nasi kandar. we all nak makan Nsi Kandar Line Clear which is situated at Penang Road. Actually me ni kureng sikit pasal nasi kandar ni, tapi since my friends dah sibuk suruh try the best nasi kandar in town iaitu Nasi Kandar Line Clear, so just want to give it  try. Dari hotel kami jalan kaki, tak jauh sangat. Actually kedai makan ni agak tersorok sikit, berada di celah-celah lorong di Penang Road. Jalan je kat Penang Road tu and kalau jumpa Sam's Collection, gerai Nasi Kandar Line Clear just sebelah kedai ni.


if u walk along Penang Road, u'll notice SAM's Collection on your left side, Nasi Kandar Line Clear is just next to it

line clear nasi kandar
Masa we all sampai tu, x ramai orang pun. maybe belum sampai lunch time lagi. my friend kata sedap but i couldn't appreciate maybe sebab i tak suka sgt curry or mamak's food. tapi air sirap limau kat sana memang awesome. lets see nasi kandar kami yang meriah

kepala ikan, ada beraniii?? hihihi

nasi beriani + ayam goreng + udang besaq sekoq + sirap limau = rm 18 tunaiii

nasi putih + sotong tiga ketul + sayur+ sirap limau= rm 15 tunaiii

to be continued... 

daaaaaaa






Wednesday 9 October 2013

Penang 2013 Part 3

Lepas jalan-jalan around the EO hotel, we all balik hotel, solat and salin baju then keluar balik. mission of the day nak cari pasemboq and jeruk pak ali, katanya jeruk Pak Ali yang sedap kat Penang ni. so we just walked along Penang road towards Chowrasta market. Passed by the famous Nasi Kandar Line Clear. If u're from Nasi Kandar Line Clear u will find Jeruk Pak Ali just before Chowrasta market. I bought a lot of jeruk for souvenir, as Penang is well known for jeruk. I bought Jeruk Mangga, Jeruk Buah Pala, Jeruk kedondong and Jeruk Betik. To me jeruk manggaand jeruk kedondong is nice, not to sweet but jeruk betik will be more nicer if its a little bit crunchy.

Jeruk Pak Ali






lepas shoping jeruk, we all letak barang shopping  kat reception pastu we plan to walk to Padang Kota Lama. Zul offered naik kereta dia tapi we all jual mahal, kononnya nak burn the calories since tadi dah makan banyak sangat dekat EO hotel. the food is awesome and it was so irresistible. tapi masa tengah jalan tu tetiba je hujan lebat and we all menyesal sebab tak naik kereta zul hihihi... sebab hujan lebat sangat we all terpaksa berteduh kat one of the bus stop sementara nak tunggu hujan reda. bila hujan reda, we all jalan sampai ke Padang Kota Lama, tapi we were so unlucky sebab kedai semua dah tutup huhuhuhu... then we all decide patah balik hotel dan amik kereta. tadi kata nak burn calories, haaaa hamik ko... hahahaha

lepas amik kereta we all decide nak makan kat Gurney Kapitan. We all makan kat Kapitan international. i order Roti Naan Tandori, wan order nasi beriani. Roti Naan Tandoori so-so je, maybe i tak boleh appreciate sebab i'm not mamak's food lover :)

lepas makan we all balik ke hotel , mandi dan terus tidur kepenatan mengukur jalan hari ni :)



to be continued...

daaaaaaaa




Sunday 29 September 2013

Penang 2013 Part 2

The next day in Penang was busy with the conference. It start at 7.30 am and ends at 6.00 pm. The Eastern and Oriental Hotel is awesome... the food as well. Sedap sangat food dia especially desserts and there goes my diet... huhuhuhu...Balik dari conference we all jalan-jalan area hotel EO ni, hotel ni tepi laut so we had a great brisk walk and of course shoot session... me and kak liza nak test power our DSLR hihihi.. so lets see hasil menembak kami... :)

me and the bosses

infront of EO hotel








To be continued...

Daaaaaaa






Penang 2013 Part 1

Assalamualaikum and good day...

phuhhhh...phuhhh...phuhhhh... bersarang dah blog i ni. terlalu busy dengan tugas hakiki katanya..
actually entry ni dah lama tapi tak sempat nak upload.

******************************************************************************


 Last time i've been in Penang 4 years back. And this time i went there for The conference. so tak sempat sangatlah nak berjalan sebab busy dengan conference. I took direct flight from JB, campur dengan delay flight (AirAsia as usual :P) pukul 10.00 malam baru landing kat airport Penang. Besar giler airport Penang ni, dah macam KLIA pulao hihih
 I pegi Penang ni dengan my bosses and my friends. So from airport we took a taxi to Bayview Hotel. Hujan lebat masa tu, nasib baik tak jam. The conference took place at Eastern n Oriental Penang tapi sebab dah fully booked we stayed at Bayview Hotel belakang EO hotel. The room condition ok lay, not bad, yg paling best tilam dia empuk betul hihihi. Nak tgk picture view ada kat bawah ni tapi please abaikan barang yang bersepah tu :)

Bayview Hotel, Peang

 Lepas checked in, naik bilik mandi2 and perut pun dah lapar. We haven't take our dinner yet so we all decide nak makan sup kat Hameed which is walking distance from the hotel. I makan sup ayam n roti benggali, sedap. Wan pulak makan Pasemboq, tapi tak sedap..huhuhu. Gambar food tak sempat nak snap sebab dah kelaparan hihihi

Sup Hameed, must try

Balik hotel, kekenyangan and kena tidur awal sebab the conference start at 7.30 am tomorrow...


Daaaaaaaaaaa


To be continued.....


Monday 26 August 2013

Bandung 2013- part 6 finale

Previous entry Bandung Part 5



aiyoooo... dah part 6 my post about bandung tapi tak abis-abis lagi... sorry lah, masa amat mencemburui saya. this post gonna be the last post about bandung. masih ada lagi post tenant Universal Studio Singapore yang i belum sempat nak post. tunggu lah satu hari yg mulia nanti baru post about my USS trip :)

******************************************************************************

last day i kat bandung. we all keluar dari apartment awal dalam pukul 9 pagi. sebelum tu dah breakfast ringkas kat apartment, makan roti je. duit sewa apartment dah settle malam tadi gengan dedi. so i just pass the key to the reception. we all sambung shopping kat Pasar Baru, sebab barang umrah belum dapat lagi. Actually memang plan nak pegi umrah next year kalau ada rezeki, so orang kata barang umrah dan haji kat Pasar Baru ni murah tu yang nak survey. Barang kepereluan umrah dan haji ada di Lantai 4 Pasar Baru, so boleh survey dan cari yang mana murah. to me, harga boleh tahan murah tapi macam tudung tu i tak berkenan sangat. sebab banyak tudung labuh ada awning yang tak cantik. awning tebal dan rasa macam pakai topi je. so i tak beli tudung tu, tapi my hubby beli baju labuh dan seluar. stokin wuduk pon ada jual, murah nak banding yang jual online kat malaysia ni.
 lepas dah do the last minute shopping, we all pegi lunch before pergi airport. we all lunch kat my all time favourite restaurant in Bandung iaitu Da' Cost. Dah jatuh cinta dengan Da' Cost ni since first time datang Bandung dulu. Da' Cost ni jual seafood yang sedap dan murah. sesuai dengan tag line nya- mutu 5 bintang, harga kaki lima. Lepas makan, we all terus ke airport, dah selesai check in we all decide terus masuk boarding hall. sekai flight delay pulakkkk... dah lah boarding hall kat airport Bandung kecil and takde yang menarik, so lepak dok situ je. sempat lah alisha tidur sekejap sementara tunggu boarding.
Sampai LCCT dah pukul 8 malam, abg2 dan kakak2 kastam aktif plak time ni, nasib baik beg tak kena bukak. ada juga lah org lain yg kena bukak beg. Nasib lah tu...

So.. will be arranging the next trip to Bandung, next year perhaps? tapi kena penuhkan tabung ayam dull kalau tak takde duit nak shopping huhuhuhu

till then, daaaaaa

with my sis in law

ikan gurame masak padang

ikan gurame bakar




Friday 23 August 2013

Bandung 2013-Part 5


Lepas brunch (breakfast+lunch) di Warung Nasi Ampera, we all pergi menjelajah Factory Outlet di Bandung. Factory outlet (FO) di Bandung banyak terdapat di Jalan Riau, Jalan Dago, Jalan Setiabudi.  
FO yang mula-mula kitaorg terjah is Toko Anak Kecil. Kat FO ni jual baju budak, ada yang original ada yang fake. Di FO bandung ni tak semua barang yang original, ada yg fake so kena pandai-pandai pilih. Harga pun sehelai baju budak dlm rm 20-30. Nak dibandingkan masa i mula-mula datang Bandung masa 2007, harga sekarang lebih mahal. Dulu tak semahal ini.  Lepas tu, we all ke Jalan Riau, kat sini FO yang i suka for example Heritage, Cascade, Secret.Lepas bershopping kat Jalan Riau, kitaorang pegi serang Rumah Mode kat Jalan Setiabudi. Rumah Mode ni antara yang paling famous di Bandung. Kat FO ni ramai giler orang.. baju-baju kat sini cantik-cantik gak tapi a bit pricey.  

Toko Anak Kecil

Posing dlm Toko Anak Kecil

Dunia Anak

the cousin

at Rumah Mode


to be continued...



Thursday 22 August 2013

Bandung 2013- Part 4


The next day awal-awal pagi dah keluar. Disebabkan apartment ni tak sediakan  breakfast, we all kena cari breakfast sendiri. So we all decide nak breakfast + lunch sekali kat Warung Ampera. Makanan kat sini kita pilih raw food mcm ayam yg dah siap marinate then kita bole pilih samada nak bakar atau goreng. Macam-macam jenis makanan disini. Sedap dan murah. Kami makan 4 adults dan 3 child dengan ayam bakar 3, ikan goreng dan macam-macam lagi, jumlah tak sampai rm 40. Warung ampera ni boleh didapati di banyak tempat di Kota Bandung. Di luar Pasar Baru pun ada juga Warung ampera ni. Tapi yang i pergi ni kat Cabang Kebon Kalapa.

Warung Nasi Ampera
the food,bole pilih either nak goreng ataus bakar

Ayam bakar dan ulam-ulam

Bandung memang food heaven. Food is one of the reason i kept coming to Bandung. Tak percaya cubalah rasa :)


to be continued







Wednesday 21 August 2013

Bandung 2013- Part 3




Fuhhh...fuhhhh... uhuk.. uhuk... bersawang dah my blog ni... lama sangat tak update. busy yang teramat katanya...

Entry yg tertangguh my trip to Bandung bulan may ari tu



****************************************************************************


Lepas balik dari Pasar Baru, we all pegi ke airport untuk jemput my hubby. Actually me dah beli tiket awal sethn dah, last minute my hubby ada hal yg tak boleh dielakkan so terpaksa dtg lambat sehari. So hubby sampai dalam pukul 8.30 malam, then dari airport semua dah lapar. Pak hery bawa kami ke food Court di Paskal. Dah beberapa tahun berulang ke Bandung, this is first time i pergi Paskal ni. Its actually food court yg besar sgt, jual macam2 local food.

The kids in front of the signage
Paskal Food Court




I suka dengan lanskap dekat Paskal ni, cantik dan unik. Banyak sangat local food kat food court ni. I order Mee Goreng, rasa agak pelik dan manis sikit  nak dibandingkan dengan Mee Goreng di Malaysia.  
My sis in law order bakmi, sedap jugak. Macam mee sup di malaysia tapi dia makan dengan keropok dan sambal.

Lepas makan, we all dah kepenatan dan decide nak balik ke apartment. Balik apartment, mandi, solat dan terus tido


to be continued...


Saturday 1 June 2013

Bandung 2013- Part 2


Bangun pagi dan bersiap2 untuk keluar. Apartment ni tak siapkan breakfast jadi perlu cari sendiri di luar. Hery bawa kami breakfast di satu tempat, lupa nama tempatnya. Tapi ramai orang makan bubur ayam di sini. Me order nasi penyet dan teh botol. Nasi penyet boleh tahan sedap.. 
my favorite
 Lepas dah isi perut, Hery bawa kami ke kedai Pak teddy, his boss. Kedai pak teddy ni jual kain sulam dan juga telekung. Agak murah banding dengan Pasar Baru. Kain sulam banyak pilihan tapi telekung limited choice. Kak Ja tempah baju kurung, dress dan baju melayu untuk Abg Razi. 2 hari dah siap. Me pun terjebak tempah dress. Tailor nya nama Noer, upahnya 175k IDR. Ok lah murah nak compare upah jahit baju di JB. Jahitannya kemas dan cantik. Memang puas hati lah.
 Lepas selesai membeli di kedai Pak Teddy me ajak Hery ke Jalan Alkateri untuk tempah langsir. Jalan Alkateri ni banyak kedai langsir ( orang bandung panggil langsir=gordyn). Sebab dah 3 tahun tak tempah langsir, kali ni me nak tempah langsir. Kain dan upah tempah 55k IDR per meter. Me tempah untuk rumah me dan my mum so habis lebih kurang seribu ringgit. Consider murahlah sebab me pernah tempah untuk my house je dah seribu, tapi ni me tempah untuk 2 rumah. Satu hari dah siap dan jahitan cantik. Me tempah kat toko ramayana. 
Lepas dah tempah langsir, kami ke Pasar baru, syurga beli belah. me tak borong kain sangat sebab hari tu dah borong kain cotton di Vietnam. My personal opinion, kain cotton di Vietnam lagi cantik dan murah dari Bandung. Tapi lace di Bandung lagi cantik2 dan banyak pilihan. Me beli telekung di tempat biasa, Toko Laris. Di sini dah biasa beli so dapat harga murah sikit. Lunch kami makan di food court pasar baru di kedai kemangi, sebab dah biasa dengan kak imas. Me order nasi timbel, sis in law order nasi ayam penyet dan me order udang dan sotong goreng tepung untuk the kids. Harga di food court Pasar Baru ni agak mahal sebab tempat tumpuan org Malaysia, tapi sebab dah kenal kak Imas, dapat lah discount sikit. Lepak pasar baru sampai kedai tutup.. selagi tak tutup selagi tu lah tak balik hihihi.
the vogue, pasar baru

bertabahlah ye anak2 tunggu mama shopping :)






to be continued....

Wednesday 29 May 2013

Bandung 2013- Part 1



 My 6th trip to Bandung. Ada apa dengan Bandung sampai pergi untuk kali ke-6? Me suka dengan suasana, orang bandung yang baik2, makanan yang awesome and of course shopping heaven. Trip kali ni me bawa my sis in law yang first time sampai bandung. This trip a bit different sebab me tak singgah Jakarta. Selalunya me akan singgah Jakarta semalam tapi kali ni saja nak spend masa lebih di Bandung.
Tiket flight me dah beli setahun yang lepas masa airasia buat sale. Nak tiket murah punya pasal, gigih peram tiket setahun :) Me dapat tiket ni rm 100 pegi balik per person. Murah jugak tapi tak semurah last 2 years me dapat rm 50 pergi balik seorg. 
 Flight dari LCCT pukul 10.50 malam tapi delay sampai 11.15 pm. biasalah airasia dan delay tak boleh dipisahkan. Perjalanan ke Bandung mengambil masa 2 jam, tetapi waktu di Bandung sejam lewat dari Malaysia. Sampai di airport bandung lebih kurang pukul 12.20 am waktu tempatan, supir dah tunggu. Seperti biasa me deal dengan kak lina untuk transport dan hotel di sana. She's very reliable and i have no problem dealingn with her. memang recommended. Supir kali ni namanya hery, orangnya baik dan peramah. 
Kali ni me stay kat Braga City Walk Apartment sebab me datang dengan family my sis in law. Apartment ni 2 bilik, first room ada queen bed, second room ada satu katil single. apartment bersih and spacious enough for us. ni pun book through kak lina. Harga apartment ni 600k IDR per night, dan me tambah tilam with additional charge 50k IDR per night. Facility at apartment ni ok,ada water dispenser untuk hot and cold water, fridge, tv,aircond dan tuala. cuba takde sabun mandi so kena bawa sabun mandi sendiri.


the room
the hall

the toilet
to be continued....

Friday 24 May 2013

Seafood goreng tepung in da house

On the way balik dari Kuala Besut, kami singgah kat Pantai Irama Bachok. Pantai Irama ni memang terkenal sebagai tempat bersantai untuk family di Kelantan ni. Tapi kami pergi bukan untuk bersantai tapi nak makan seafood goreng tepung. memang bestttt giler. lagi best sebab hidayat yang belanja..hihihi.. benda free mesti lah lagi sedap kan? Terima kasih hidayat heeee :)
Seafood goreng tepung ni kami makan di gerai area Pantai Irama ni. Ok lah rasanya.. sotong dan udang memang fresh belaka. Cuma sos cili agak manis, tapi sebab dah dok kat Kb nak masuk 4 tahuh, dah biasa sangat dengan makanan yang manis. Harga pulak tak sure sebab orang belanja kan :) kalau tersesat area2 Pantai Irama ni boleh lah singgah makan seafood goreng tepung ni.

seafood goreng tepung

marvelous






Thursday 23 May 2013

Perhentian 2013 Part 5





Perghh...Punya lah seksa nak habiskan entry pasal Perhentian ni. Masa sungguh mencemburui hihihi

let's talk about Perhentian

Lepas dah breakfast, kami pegi ke Long Beach. Long beach ni terletak di balik bukit belakang Shari la ni. Kami jalan kaki ikut track yang dah disediakan... agak berpeluh lah jugak sebab kena mendaki.Actually saja je kami nak tengok Long Beach ni, alang-alang dah sampai kan. Long Beach ni pantai dia lagi panjang dari pantai si Shari La. Tapi di Long beach ni ombak kuat dan agak dalam airnya. tapi pantai takde batu dan pasir halus, memang sesuai untuk mandi manda. Tapi jangan harap nak jumpa ikan kat long beach ni, memang takde.
Lepas jalan-jalan kejap kat Long Beach kami balik semula ke Shari La. Mandi di romantic beach lagi best walaupun batu banyak tapi ikan banyak dan cantik-cantik pulak tu. Sewa snorkeling gear kat tepi pantai tu, goggle rm 5, fin rm 5. This time pakai fin pulak. Semalam tak pakai fin so macam penat sket nak mengayuh. bila dah pakai fin best giler... laju je mengayuh. Kat romantic beach ni banyak ikan, best buat shorkeling. tak payah pegang roti pun ikan dah berkerumun. Kalau pegang roti lagi lah.. abis goggle kena langgar dengan ikan. Time ni lah me jumpa ikan besar.. yang lain semua ikan kecik, tapi dia sorang ni je yang besar. Ikan tua agaknya... jinak gila ikan ni, tapi gigi dia ronggak.. ahahahah.. biasalah dah nama dentist, tak cukup gigi orang nak tengok, gigi ikan pun kena usha.. ahahaa. Time ni jugak jumpa baby shark kat sini. terubat sikit kekecewaan tak dapat pegi shark point semalam sebab arus kuat. Kami berendam memang tak ingat dunia. rasa macam tak nak balik.
Awesome view at Perhentian Island
mak mak orang yang berendam tak ingat dunia
Katanya check out pukul 11.30 pagi tapi kami pukul 11 pagi masih berendam. Pukul 12 tengahari balik bilik, mandi dan bersiap-siap untuk check out. Lpeas check out call boatman untuk balik ke Kuala Besut. Kitaorg request nak makan dulu kat pulau. So we all lunch kat Sha rila restaurant. Me order kuew tiaw goreng seafood, sedappp. harga rm 10 sepinggan, lagi murah dari kuew tiaw goreng seafood kat Mama's restaurant semalam. Anne order kuew tiaw sup... yang ni pon sedap gilerrr.. cuma nasi goreng dia je yang so-so.. yang lain memang sedap. memang recommended lah. kalo tau food ala carte kat Sha rila ni sedap, semalam makan kat sini lagi bagus.

kuew tiaw goreng seafood marvelous


 Lepas makan, sementara tunggu boat datang, kitaorang posing-posing dekat jetty. Sedih pulak nak tinggalkan Perhentian. Macam tak puas rasa. definitely will come again...





i miss the crystal clear water


GOODBYE PERHENTIAN, TILL WE MEET AGAIN....

Tuesday 21 May 2013

Pulau Perhentian 2013 Part 4



the next day, bangun awal lepas subuh gigih nak pegi tengok sunrise. tapikan the night before hujan, so sunrise pun tak berapa nak sunrise gitu. jalan-jaln tepi pantai sambil posing2 sementara nak tunggu breakfast.

sunrise yang tak berapa nak sunrise

senja bay resort 


oh ye, me book resort ni without breakfast, tapi kalau nak tambah breakfast kena tambah RM 10. So we all decide nak amik breakfast kat resort je, sebab kalau makan kat kedai pun harga mahal gak. Harga pulau katakan.
Breakfast spread ok gap, not bad.. ada mihun goreng, nasi minyak, sausage, dan banyak lagi. dari segi taste not bad jugak, berbaloi gak lah bayar RM 10 sebab kalau makan luar dengan air confirm lebih RM 10 punya.

my breakfast

to be continued...


Monday 20 May 2013

Pulau Perhentian 2013 Part 3

Pegi Perhentian semalam je tapi entry sampai part 3 macam le pegi sebulan kaedahnya.. hihihi. Nak buat mcm mana.. busy sangat.

Ok sambung cerita pasal pegi snorkeling. We all dibawa ke 4 tempat snorkeling. Patutnya ada satu lagi snorkeling point iaitu shark point tapi tak boleh pegi sebab ombak kuat. Tapi memang on the way pegi snokeling boleh rasa ombak memang kuat. Beza betul, tak macam time datang tadi. Terhentak-hentak atas bot. First point yang Mat Adam ni bawa ialah di turtle point. Bak kata Mat Adam, tempat ni penyu selalu singgah minum kopi petang2.. hihihi. Memang ada seekor turtle kat dasar laut. Air kat situ agak dalam gak. Yang paling best tengah sekodeng penyu tu, sekali nampak dia nak naik atas permukaan air. Berkejar semua orang nak ikut. Dapat lah tengok kepala penyu naik ke permukaan air. Best giler..
Pastu kami di bawa plak ke tempat tengok nemo dan coral. Tempat ni tak berapa jauh dari turtle point tadi. Memang banyak gila nemo kat sini. Terjumpa nemo yang agak besar, rugi betul tak beli underwater camera. Hari tu dah tengok dah underwater camera, tapi sebab baru beli DSLR, tak jadi nak beli underwater camera. Next in the list lah :)

Agak lama gak snorkeling di area nemo dan coral ni. Macam2 coral jumpa tapi tau satu je jenis coral, Christhmas tree, tu pon mat adam yang tunjuk. yang bestnya bila christhmas tree ni disentuh dia akan menguncup. Memang best pegi snorkeling dengan Mat Adam ni sebab dia jaga betul2 dan tunjukkan tempat2 coral yang cantik. Yelah, kita manalah tau kan area mana ada coral yang cantik.

 Lepas tu kami dibawa ke Marine Park Perhentian. kat sini pun banyak ikan. Ye lah, dah nama marine park mesti banyak ikan kan? Lama juga snorkeling di sini sebab Mat Adam hantar 3 org lagi yg ikut dalam bot tadi balik ke chalet dorang. Sebab dia kata ombak tengah kuat takleh bawak ramai2. So kitaorg lepak lah kat marine park tu. Chalet yang plaing dekat dengan marine park ni is Abdul's. Kat sini ramai mat salleh je dan memang agak famous di kalangan mat salleh. Ada jugak try nak book Abdul's, tapi fully booked manjang. Harap maaf lah takde gambar masa pegi snorkeling trip ni sebab malas nak bawak DSLR takut basah.

 Abis snorkeling trip lebih kurang pukul 5.30 ptg. Perut lapar giler, yelahhh lunch tadi makan megi je. so sebelum balik bilik kami decide nak makan sekali untuk dinner so malam tak payah nak cari makan lagi. So kami makan kat Mama's Kitchen, dekat2 dengan area sha rila ni. me order kuew tiaw goreng dan fresh orange. so total rm 15 untuk kuew tiaw goreng dengan fresh orange. Harga pulau biasalah mesti mahal punya. tapi nak kata sedap tu takde lah sangat, so-so je. Lepas makan, dok lepak kat jetty nak tengok sunset. Tapi malang sungguh sebab banyak sangat awan so sunset pon macam tak berapa nak sunset. Malam plak hujan, patutlah banyak awan tadi masa sunset, nak hujan rupanya... so lepak bilik je lah takde aktiviti nak buat sebab hujan kan. nasib baik bilik memang ada tv dan astro, kalau tak mati kutu jugak tak tau nak buat apa.


mama's kitchen

senja bay resort

sunset yang tak berapa nak sunset

to be continued...







Sunday 19 May 2013

Perhentian 2013 Part 2




Check in went smoothly.. dalam term and condition check in pukul 2.30 pm tapi alhamdulillah, eventhough we all check in pukul 10.00 am bilik dah ready. so terus masuk bilk lepak-lepak kejap sebelum nak turun mandi manda. sape2 yang dok kat sha rila ni memang best sebab dekat sangat dengan romantic beach. me pun kurang arif kenapa dinamakan romantic beach.. kat pantai ni banyak batu2 dan banyak sangat ikan2 yang colourful. memang cantik, crystal clear water dan mmg terbayang2 lagi sampai sekarang keindahannya.. Subhanallah..

romantic beach

apa motif coral digantung mcm ni? 

view from the sha rila cafe


We all berendam sampai 12.30 tghari. Matahari tengah tegak boleh kami berendam kat laut? cuba kalau kat tanah besar tghari macam tu disuruh jalan kaki memang nak kena sumpah tujuh keturunan.. hihihi
Lepas berendam, balik bilik bersihkan badan, solat then bersiap2 untuk snorkeling. Dah janji dengan sorang lagi boatman Mat Adam snorkeling pukul 2.30 ptg. Dapat no phone Mat Adam ni pun dari staff USM gak. Mat adam ni charge rm 35 per head untuk snorkeling 4 tempat. So lepas solat, sementara tunggu bot datang, we all lepak2 tepi pantai sambil makan megi. Awesome!

to be continued....

Friday 17 May 2013

Pulau Perhentian 2013

Part 1


Dah seminggu balik dari Perhentian tapi tak ter update2 kisah perhentian ni. Terlalu busy dgn tugas hakiki katanya...

 Trip ke Perhentian ni me n bff, encik hubby tak dapat join sebab tak dapat cuti. so me perasan jadik bujang kejap hihihi. This is the second time me pergi perhentian, first time dulu time study 10 years back. Kali ni pergi sekejap je 2 day 1 night sebab takleh nak cuti lama2. This trip actually mcm farewell trip kitaorg lah sebab bln june aku dah balik JB utk attachment, Liza plak buat attachment kat Perak, Anne lak nak balik Perlis. Lagipun dah 4 thn dok kat KB tak pernah sekali pun ke Perhentian padahal dah dekat gilerrr.. maybe sebab semua org sibuk tu yang asyik tertangguh je nak ke Perhentian ni.

 Disebabkan Jetty ke Perhentian ni terletak di Kuala Besut dan dekat jugak dgn KB, so kitaorg bertolak dari Kb lebih kurang pukul 7 pagi. Me pukul 6.30 pagi dah keluar rumah, parking kereta kat rumah my bff, Anne then kitaorg naik nazaria anne. On the way tu singgah sarapan di Bachok, then sampai kat Kuala Besut lebih kurang pukul 8.30 pagi. Parking kereta dan call boatman yang me dah arrange a day before. Actually me dapat no phone boatman ni dari staff USM gak, murah lah dia charge. Sebab me tanya kat kaunter kat jetty tu rm 70 pergi balik per adult. Tapi boatman yg me dapat ni charge RM 50 per head pergi balik.Kanak-kanak dia tak charge, sebab Anne bawa 2 anak dia. Memang recommend sangat boatman ni, kalau sapa nak pegi Perhentian boleh call Li 0139847931.
 Parking kat Kuala Besut ni RM 7 per day. Tapi we all parking free, sebabnya park kat depan kaunter bas. Sebelum parking we all tanya juga budak yang jaga kat kaunter tu boleh tak parking situ. Budak tu kata ok cuma kalau let say balik dari pulau pagi, maybe bas akan banyak block kereta. Tapi sebab we all pun nak balik petang kan, so tak kisah lah nak parking kat situ.
 Kita layan gambar dulu ye... penat nak taip ni

posing di jetty kuala besut

Dah jumpa dengan boatman tu kena tunggu boat datang kejap. Adalah dalam setengah jam kut. Perjalanan dari Kuala Besut ke Perhentian dalam 45 minit. Lebih kurang pukul 10 pagi kitaorg sampai di Jetty Perhentian Kecil. Me saja je pilih Perhentian kecil, sebab sebelum ni me pegi Perhentian Besar. Pulau Perhentian ni terbahagi kepada 2 iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Katanya Perhentian Kecil lagi cantik dari Perhentian Besar, that's why teringin nak dok kat sana. Tapi Perhentian Kecil ni tak semua chalet ada electric supply 24 hours. Hanya 2 resort je yang ada electric supply 24 hours iaitu Sha Rila Resort dan Bubu Long Beach. Tapi sebab aritu me compare harga 2 resort ni Bubu Long Beach ni a bit pricey. Kitaorg decide nak dok kat Sha  Rila sebab tgk review kat internet macam best je. Oleh kerana we all terlambat booking, maka bilik yang tinggal hanyalah suite je. Terpaksa lah book jugak sebab dah meroyan sangat nak dok kt situ. Bilik suite tu RM 280 semalam tapi sebab me share dengan Liza, so oklah bahagi dua. Tapi bilik suite tu memang best lah, besar gila.. ada 2 katil queen, sesuai kalau nak bawak family. Tapi kalau korang nak pegi time peak season bulan april-september, harus book awal2 sebab selalu fully book. Masa me call resort ni nak book bilik dah penuh tapi bila tengok kat agoda ada je bilik suite. So me book pakai agoda je lah.

view from perhentian kecil jetty

Shari La ni dekat gila dengan jetty perhentian kecil, so tak payah lah jalan jauh2 kan.. dasar pemalas hihihhi. Kat area2 sini ada jugak chalet kecil yang lebih murah tapi masalahnya kat Perhentian Kecil ni banyak chalet yang tak amik booking in advance. Maksudnya kita sampai sana baru pegi chalet nak tengok ada kosong ke tak. Me bukan jenis yang macam tu, tak sanggup nak redah kut lah takde bilik nanti takkan nak tidur kat pantai pulak kan. so tu salah satu faktor me book shari la ni sebab senang book online je.

suite room Sha Rila resort

to be continued...