Wednesday 10 April 2013

Ho Chi Minh

Day 3

Hari ni we all amik city tour dengan ason. usd 8 per person dan kids dia tak kira. mull-mula dia buka harga usd 10, then me mintak kurang dapat usd 8. so tour start pukul 8.30 pagi terus pegi rumah orang buat baju dan telekung. kat sini murah sikit nak banding dengan ben thant. dan ason tak amik komisen tapi dia suruh owner tu kurangkan harga barang tolak komisen dia. so tiap satu barang owner akan tolak rm4-6 depending pada harga barang.so harga akan jadi lebih murah.
pilih kak pilih :)

then ason bawa kami ke cho bin thay di Chinatown. pasar ni lebih kurang ben thant tapi sini tak ramai Malaysian. Harga kain kat sini pun lagi murah dari pasar ben thant. contohnya di ben thant kain cotton paling murah boleh dapat rm 24 sepasang, di pasar bin thay cotton boleh dapat rm 18 sepasang. cuma seller kat sini kurang fasih berbahasa melayu nak banding seller kat ben thant. 
Lepas bershopping kain, kami minta ason hantar ke restoran halal yang dekat dengan masjid. So ason hantar kami ke saigon halal yang berhadapan dengan central mosque. me makan mee goreng mamak, memang sedap gila. kalah mee goreng mamak di malaysia. lepas makan kami sembahyang di central mosque. di sini kami dilayan baik sangat. nak sembahyang ada orang siap bentangkan sejadah. lepas sembahyang telekung akan digantung oleh penjaga masjid dan sejadah pun mereka lipatkan. telekung kat masjid tu bersih dan wangi tak macam telekung kat masjid di Malaysia.memang kagum dengan cara mereka menjaga kebersihan kelengkapan solat. even nak cross jalan di depan masjid pun ada penjaga masjid yang tolong bagi laluan untuk melintas.
Selepas sembahyang kami dibawa ke tourist attraction seperti Notre dame, Palace dan Post office. Di palace kami tak masuk pon, tengok dari luar je. Di notre dame dan post office kami cuma turun sekejap untuk bergambar. 
infront of central post office
notre dame as background
inside the central post office

Kemudian ason bawa kami ke tempat jual bag imitation. eventhough beg immitation, tapi memang high quality. price memang lebih murah dari saigon square dan ben thant
kami sampai ke hotel lebih kurang pukul 4.30 pm. naik bilik dan packing barang. kemudian kami keluar jalan-jalan ke saigon square. tak beli barang cuma tengok-tengok saje. dari saigon square kami berjalan hingga lah ke area sheraton hotel. night view di sini memang cantik. banyak bangunan yang cantik-cantik. lebih kurang pukul 8.00 pm kami balik semula ke hotel kerasa hubby berjanji nak jumpa ex-schoolmate dia yang bekerja di vietnam. kawan hubby bawa kami ke De Nyonya, salah satu restoran halal yang terletak berdekatan dengan central mosque. me makan rojak petis dan cendol. not bad. balik hotel dah pukul 11 malam dan packing barang lagi nak make sure luggage tak overweight

to be continued...






2 comments:

  1. hai,

    camner nak kontek Ason?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sorry for the late reply.
      Nk contact ason bole call dia or email dia. Dia pandai ckp broken Malay sbb penah keje kt Muar tp x pandai tulis melayu. So masa I deal dgn dia I I email in English.. Dia bole lh broken English tapi lagi dia lg terror ckp melayu Dari English. u bole je call dia +84979619842 email ason- nds0880@gmail.com

      Delete