Friday 17 May 2013

Pulau Perhentian 2013

Part 1


Dah seminggu balik dari Perhentian tapi tak ter update2 kisah perhentian ni. Terlalu busy dgn tugas hakiki katanya...

 Trip ke Perhentian ni me n bff, encik hubby tak dapat join sebab tak dapat cuti. so me perasan jadik bujang kejap hihihi. This is the second time me pergi perhentian, first time dulu time study 10 years back. Kali ni pergi sekejap je 2 day 1 night sebab takleh nak cuti lama2. This trip actually mcm farewell trip kitaorg lah sebab bln june aku dah balik JB utk attachment, Liza plak buat attachment kat Perak, Anne lak nak balik Perlis. Lagipun dah 4 thn dok kat KB tak pernah sekali pun ke Perhentian padahal dah dekat gilerrr.. maybe sebab semua org sibuk tu yang asyik tertangguh je nak ke Perhentian ni.

 Disebabkan Jetty ke Perhentian ni terletak di Kuala Besut dan dekat jugak dgn KB, so kitaorg bertolak dari Kb lebih kurang pukul 7 pagi. Me pukul 6.30 pagi dah keluar rumah, parking kereta kat rumah my bff, Anne then kitaorg naik nazaria anne. On the way tu singgah sarapan di Bachok, then sampai kat Kuala Besut lebih kurang pukul 8.30 pagi. Parking kereta dan call boatman yang me dah arrange a day before. Actually me dapat no phone boatman ni dari staff USM gak, murah lah dia charge. Sebab me tanya kat kaunter kat jetty tu rm 70 pergi balik per adult. Tapi boatman yg me dapat ni charge RM 50 per head pergi balik.Kanak-kanak dia tak charge, sebab Anne bawa 2 anak dia. Memang recommend sangat boatman ni, kalau sapa nak pegi Perhentian boleh call Li 0139847931.
 Parking kat Kuala Besut ni RM 7 per day. Tapi we all parking free, sebabnya park kat depan kaunter bas. Sebelum parking we all tanya juga budak yang jaga kat kaunter tu boleh tak parking situ. Budak tu kata ok cuma kalau let say balik dari pulau pagi, maybe bas akan banyak block kereta. Tapi sebab we all pun nak balik petang kan, so tak kisah lah nak parking kat situ.
 Kita layan gambar dulu ye... penat nak taip ni

posing di jetty kuala besut

Dah jumpa dengan boatman tu kena tunggu boat datang kejap. Adalah dalam setengah jam kut. Perjalanan dari Kuala Besut ke Perhentian dalam 45 minit. Lebih kurang pukul 10 pagi kitaorg sampai di Jetty Perhentian Kecil. Me saja je pilih Perhentian kecil, sebab sebelum ni me pegi Perhentian Besar. Pulau Perhentian ni terbahagi kepada 2 iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Katanya Perhentian Kecil lagi cantik dari Perhentian Besar, that's why teringin nak dok kat sana. Tapi Perhentian Kecil ni tak semua chalet ada electric supply 24 hours. Hanya 2 resort je yang ada electric supply 24 hours iaitu Sha Rila Resort dan Bubu Long Beach. Tapi sebab aritu me compare harga 2 resort ni Bubu Long Beach ni a bit pricey. Kitaorg decide nak dok kat Sha  Rila sebab tgk review kat internet macam best je. Oleh kerana we all terlambat booking, maka bilik yang tinggal hanyalah suite je. Terpaksa lah book jugak sebab dah meroyan sangat nak dok kt situ. Bilik suite tu RM 280 semalam tapi sebab me share dengan Liza, so oklah bahagi dua. Tapi bilik suite tu memang best lah, besar gila.. ada 2 katil queen, sesuai kalau nak bawak family. Tapi kalau korang nak pegi time peak season bulan april-september, harus book awal2 sebab selalu fully book. Masa me call resort ni nak book bilik dah penuh tapi bila tengok kat agoda ada je bilik suite. So me book pakai agoda je lah.

view from perhentian kecil jetty

Shari La ni dekat gila dengan jetty perhentian kecil, so tak payah lah jalan jauh2 kan.. dasar pemalas hihihhi. Kat area2 sini ada jugak chalet kecil yang lebih murah tapi masalahnya kat Perhentian Kecil ni banyak chalet yang tak amik booking in advance. Maksudnya kita sampai sana baru pegi chalet nak tengok ada kosong ke tak. Me bukan jenis yang macam tu, tak sanggup nak redah kut lah takde bilik nanti takkan nak tidur kat pantai pulak kan. so tu salah satu faktor me book shari la ni sebab senang book online je.

suite room Sha Rila resort

to be continued...

No comments:

Post a Comment