Monday 30 November 2015

Spring in Down Under 2015 Part 2

Great Ocean Road (GOR)

Hari ni pagi-pagi lagi dah bangun. Subuh awal di Melbourne, pukul 4 ++ dah subuh dan pukul 6 am tu dah macam pukul 8 kalau kat Malaysia. We start the tour awal hari ni, 7.00 AM dah keluar dari apartment yang we all sewa. Mula-mula nak amik tour package by travel agency tapi bila survey, paling murah boleh dapat sorang AUD 90. We all berenam, so drive sendiri lagi jimat. Kereta sewa untuk 2 hari AUD 204, minyak pergi balik Great Ocen Road ni AUD 80. So total expenses untuk sewa kereta plus minyak AUD 282, bahagi 6 org baru AUD 47 sorang. Kan lagi jimat kannnn... Kalau sewa kereta, sewa sekali GPS. Macam I sewa kat eastcoast rental tu, GPS dah included sekali dalam bayaran. So tak payah top up apa-apa. Ada certain company, GPS kena tambah duit. So itu salah satu sebab kenapa I pilih eastcoast rental. Yamg paling penting, kat GPS tu terus set FREEWAY so dia akan tunjuk jalan tanpa tol. Kat Australia ni, dia takde pondok tol macam kat Malaysia, bila lalu tol, dia akan terus automatic charge kat card. So nanti credit card u akan terus kena charge untuk tol.

Nak drive ke Great Ocean Road pun tak susah.. signboard bersepah-sepah. Ikut je Highway M1 then banyak sign board Great Ocen Road. I suggest masa pergi tu ikut jalan pantai then time balik terus ikut signboard ke Colac. 

This is my journey masa pergi GOR

Torquay (small town and ada beach) --> Angelsea---> Airey's Inlet (Kat sini ada Split point lighthouse, sila cuba scone kat sini, sedap giler)--> Lorne ( ada GOR memorial archway) ---> Kennet River (kat sini bleh tgk wild koala, tapi kena mendaki bukit sket. Macam I hari tu, I bawa je kereta naik atas bukit tu.. byk giler koala.. and the view from the top of hill memang awesome) --> Apollo Bay (bleh lunch kat Iluka Restaurant)-->Cape Otways( castle cove lookout point)--> Port Campbell (ada 12 apostles, Lord and George, London bridge, the arch)

To me, if u go to Melbourne, Great Ocean Road is the must. Walaupun jauh dah nak sampai 600 km tru n fro, but really worth it. The scenery jalan tepi pantai mengadap Pacific Ocean memang tak dapat jumpa kat tempt lain. I tak tidur langsung pun masa Great Ocean Road ni sebab leka tengok ciptaan Allah yang indah. Make sure you bring thick jacket sebab memang sejuk kat Great Ocean Road ni. I under estimate ingat tak sejuk, so bawa light cardigan je. Sampai sana, terpaksa beli jacket sebab tak than sejuk. Terbang AUD 30 huhuhu. Tapi sayang time I pegi GOR ni, cuaca tak berapa elok. Gloomy je dan sesekali human renyai-renyai. So gambar pun tak berapa cantik huhuuhu. Apa nak but, redha je la.
Jacket purple 30 AUD yg I pakai tu baru beli sebab sejuk 

12 Apostles. Kat sini angin kuat gila. Rasa nak terbang badan I. 


Split Point Lighhouse





Masa balik , I ikut jalan dalam. Ikut sign board ke Colac so jimat masa sikit. Masa on the way balik akan lalu ladang-ladang ternakan lembu dan biri-biri. Dapatlah jumpa lembu pakai loceng tu.. The scenery memang cantik. Kalau tadi permandangan pantai dan laut, kali ni lalu kawasan berbukit bukau padang rumput tempat ternakan lembu dan kambing biri-biri. 

Nampak tak lembu tu tgh buat apa? Tak tau mcm mana bole ter snap












Saturday 28 November 2015

Spring in Down Under 2015 Part 1

KL-Melbourne Day 1


Assalamualaikum...

Bersawang dah blog ni.. tuan tanah busy memanjang tak sempat nak update blog. I baru balik dari Down Under trip.. actually takde lah baru sgt... dalam 3 minggu lepas. Trip down under ni sebenarnya sebab I terlibat dengan presentation di international conference kat Melbourne. So dah sampai Melbourne, singgah jap melawat Sydney.. kampung halaman katakan.. tempat jatuh lagikan di kenang ini kan pula tempat amik exam fellowship...ahahahaha. Bak kata one of my boss, I ni dah macam PR Australia kaedahnya... choi.

Trip kali ni trip berjemaah bersama senior2 ku... kakak2 dan abang kawasan OMFS ahahaha. Kali ni I bawa sekali my hubby, selalu pegi Sydney hubby kena tinggal :)
I naik flight MAS bertolak dari KLIA dalam pukul 9.40 PM kut, dah tak ingat dh. Landed kt Melbourne pagi tapi tak ingat pukul berapa.. short term memory loss ahahaha
Sampai Melbourne Airport nak immigration and custom clearance hampir 2 jam. Biasalah kan Australia claim diaorg ni the most strict immigration in the world. I dah biasa dah sebab selalu pegi Sydney nak clear immigration memang berjam-jam. Kata PR oz.. ahahaha

So lepas immigration clearance, kitaorg tunggu kawan Kak Ana. Her name is Kak Ayu. Kak Ayu ni Malaysian yang ada bukak klinik kt Melbourne dan memang dah jadi PR Oz. Memandangkan kami ni berenam, so nak masuk satu kereta confirm lah tak muat dengan luggage semua. His name is Brother Tarmizi, he is Indonesian memang lama dok Oz dan dah dpt PR dah pun. Dekat je rupanya rumah Kak Ayu ni dengan airport. Rumah kak Ayu di Northern Melbourne to be exact Broad Meadows. Breakfast kat rumah kak Ayu, then Kak Ayu ajak stay lunch kat rumah dia. Sementara tunggu Kak Ayu masak, we all jalan-jalan keliling rumah dia dan klinik dia. Klinik dia sebelah je rumah dia. Dari tingkap rumah dah boleh nampak klinik dia. Bestnya kalau boleh buat klinik depan rumah :)

We all lunch Lamb Beriani yg kak Ayu masak. Terbaikkkkk.. sedap giler lamb kat Oz ni. I memang tak makan lamb kalau kat Malaysia tapi kalo kat Oz ni lamb dia sedap lain macam. Maybe sebab kambing Oz hanya makan makanan yg berkhasiat kut hehehe
Lepas solat Jamak, Brother Tarmizi hantar amik kereta sewa kat eastcoast rental. We all plan nak ke Great Ocean Road esok pagi so kena amik kereta hari ni takut esok kelam kabut. So lepas dapat kereta, we all drive ke service apartment di Whiteman St, Southbank. Later nanti I story about car rental di Melbourne dan our accommodation.

Belanja sket gambar2.... #jgnckpakaktakpayung


St Kilda Beach
12 Apostles..angin kuat giler