Wednesday 29 May 2013

Bandung 2013- Part 1



 My 6th trip to Bandung. Ada apa dengan Bandung sampai pergi untuk kali ke-6? Me suka dengan suasana, orang bandung yang baik2, makanan yang awesome and of course shopping heaven. Trip kali ni me bawa my sis in law yang first time sampai bandung. This trip a bit different sebab me tak singgah Jakarta. Selalunya me akan singgah Jakarta semalam tapi kali ni saja nak spend masa lebih di Bandung.
Tiket flight me dah beli setahun yang lepas masa airasia buat sale. Nak tiket murah punya pasal, gigih peram tiket setahun :) Me dapat tiket ni rm 100 pegi balik per person. Murah jugak tapi tak semurah last 2 years me dapat rm 50 pergi balik seorg. 
 Flight dari LCCT pukul 10.50 malam tapi delay sampai 11.15 pm. biasalah airasia dan delay tak boleh dipisahkan. Perjalanan ke Bandung mengambil masa 2 jam, tetapi waktu di Bandung sejam lewat dari Malaysia. Sampai di airport bandung lebih kurang pukul 12.20 am waktu tempatan, supir dah tunggu. Seperti biasa me deal dengan kak lina untuk transport dan hotel di sana. She's very reliable and i have no problem dealingn with her. memang recommended. Supir kali ni namanya hery, orangnya baik dan peramah. 
Kali ni me stay kat Braga City Walk Apartment sebab me datang dengan family my sis in law. Apartment ni 2 bilik, first room ada queen bed, second room ada satu katil single. apartment bersih and spacious enough for us. ni pun book through kak lina. Harga apartment ni 600k IDR per night, dan me tambah tilam with additional charge 50k IDR per night. Facility at apartment ni ok,ada water dispenser untuk hot and cold water, fridge, tv,aircond dan tuala. cuba takde sabun mandi so kena bawa sabun mandi sendiri.


the room
the hall

the toilet
to be continued....

Friday 24 May 2013

Seafood goreng tepung in da house

On the way balik dari Kuala Besut, kami singgah kat Pantai Irama Bachok. Pantai Irama ni memang terkenal sebagai tempat bersantai untuk family di Kelantan ni. Tapi kami pergi bukan untuk bersantai tapi nak makan seafood goreng tepung. memang bestttt giler. lagi best sebab hidayat yang belanja..hihihi.. benda free mesti lah lagi sedap kan? Terima kasih hidayat heeee :)
Seafood goreng tepung ni kami makan di gerai area Pantai Irama ni. Ok lah rasanya.. sotong dan udang memang fresh belaka. Cuma sos cili agak manis, tapi sebab dah dok kat Kb nak masuk 4 tahuh, dah biasa sangat dengan makanan yang manis. Harga pulak tak sure sebab orang belanja kan :) kalau tersesat area2 Pantai Irama ni boleh lah singgah makan seafood goreng tepung ni.

seafood goreng tepung

marvelous






Thursday 23 May 2013

Perhentian 2013 Part 5





Perghh...Punya lah seksa nak habiskan entry pasal Perhentian ni. Masa sungguh mencemburui hihihi

let's talk about Perhentian

Lepas dah breakfast, kami pegi ke Long Beach. Long beach ni terletak di balik bukit belakang Shari la ni. Kami jalan kaki ikut track yang dah disediakan... agak berpeluh lah jugak sebab kena mendaki.Actually saja je kami nak tengok Long Beach ni, alang-alang dah sampai kan. Long Beach ni pantai dia lagi panjang dari pantai si Shari La. Tapi di Long beach ni ombak kuat dan agak dalam airnya. tapi pantai takde batu dan pasir halus, memang sesuai untuk mandi manda. Tapi jangan harap nak jumpa ikan kat long beach ni, memang takde.
Lepas jalan-jalan kejap kat Long Beach kami balik semula ke Shari La. Mandi di romantic beach lagi best walaupun batu banyak tapi ikan banyak dan cantik-cantik pulak tu. Sewa snorkeling gear kat tepi pantai tu, goggle rm 5, fin rm 5. This time pakai fin pulak. Semalam tak pakai fin so macam penat sket nak mengayuh. bila dah pakai fin best giler... laju je mengayuh. Kat romantic beach ni banyak ikan, best buat shorkeling. tak payah pegang roti pun ikan dah berkerumun. Kalau pegang roti lagi lah.. abis goggle kena langgar dengan ikan. Time ni lah me jumpa ikan besar.. yang lain semua ikan kecik, tapi dia sorang ni je yang besar. Ikan tua agaknya... jinak gila ikan ni, tapi gigi dia ronggak.. ahahahah.. biasalah dah nama dentist, tak cukup gigi orang nak tengok, gigi ikan pun kena usha.. ahahaa. Time ni jugak jumpa baby shark kat sini. terubat sikit kekecewaan tak dapat pegi shark point semalam sebab arus kuat. Kami berendam memang tak ingat dunia. rasa macam tak nak balik.
Awesome view at Perhentian Island
mak mak orang yang berendam tak ingat dunia
Katanya check out pukul 11.30 pagi tapi kami pukul 11 pagi masih berendam. Pukul 12 tengahari balik bilik, mandi dan bersiap-siap untuk check out. Lpeas check out call boatman untuk balik ke Kuala Besut. Kitaorg request nak makan dulu kat pulau. So we all lunch kat Sha rila restaurant. Me order kuew tiaw goreng seafood, sedappp. harga rm 10 sepinggan, lagi murah dari kuew tiaw goreng seafood kat Mama's restaurant semalam. Anne order kuew tiaw sup... yang ni pon sedap gilerrr.. cuma nasi goreng dia je yang so-so.. yang lain memang sedap. memang recommended lah. kalo tau food ala carte kat Sha rila ni sedap, semalam makan kat sini lagi bagus.

kuew tiaw goreng seafood marvelous


 Lepas makan, sementara tunggu boat datang, kitaorang posing-posing dekat jetty. Sedih pulak nak tinggalkan Perhentian. Macam tak puas rasa. definitely will come again...





i miss the crystal clear water


GOODBYE PERHENTIAN, TILL WE MEET AGAIN....

Tuesday 21 May 2013

Pulau Perhentian 2013 Part 4



the next day, bangun awal lepas subuh gigih nak pegi tengok sunrise. tapikan the night before hujan, so sunrise pun tak berapa nak sunrise gitu. jalan-jaln tepi pantai sambil posing2 sementara nak tunggu breakfast.

sunrise yang tak berapa nak sunrise

senja bay resort 


oh ye, me book resort ni without breakfast, tapi kalau nak tambah breakfast kena tambah RM 10. So we all decide nak amik breakfast kat resort je, sebab kalau makan kat kedai pun harga mahal gak. Harga pulau katakan.
Breakfast spread ok gap, not bad.. ada mihun goreng, nasi minyak, sausage, dan banyak lagi. dari segi taste not bad jugak, berbaloi gak lah bayar RM 10 sebab kalau makan luar dengan air confirm lebih RM 10 punya.

my breakfast

to be continued...


Monday 20 May 2013

Pulau Perhentian 2013 Part 3

Pegi Perhentian semalam je tapi entry sampai part 3 macam le pegi sebulan kaedahnya.. hihihi. Nak buat mcm mana.. busy sangat.

Ok sambung cerita pasal pegi snorkeling. We all dibawa ke 4 tempat snorkeling. Patutnya ada satu lagi snorkeling point iaitu shark point tapi tak boleh pegi sebab ombak kuat. Tapi memang on the way pegi snokeling boleh rasa ombak memang kuat. Beza betul, tak macam time datang tadi. Terhentak-hentak atas bot. First point yang Mat Adam ni bawa ialah di turtle point. Bak kata Mat Adam, tempat ni penyu selalu singgah minum kopi petang2.. hihihi. Memang ada seekor turtle kat dasar laut. Air kat situ agak dalam gak. Yang paling best tengah sekodeng penyu tu, sekali nampak dia nak naik atas permukaan air. Berkejar semua orang nak ikut. Dapat lah tengok kepala penyu naik ke permukaan air. Best giler..
Pastu kami di bawa plak ke tempat tengok nemo dan coral. Tempat ni tak berapa jauh dari turtle point tadi. Memang banyak gila nemo kat sini. Terjumpa nemo yang agak besar, rugi betul tak beli underwater camera. Hari tu dah tengok dah underwater camera, tapi sebab baru beli DSLR, tak jadi nak beli underwater camera. Next in the list lah :)

Agak lama gak snorkeling di area nemo dan coral ni. Macam2 coral jumpa tapi tau satu je jenis coral, Christhmas tree, tu pon mat adam yang tunjuk. yang bestnya bila christhmas tree ni disentuh dia akan menguncup. Memang best pegi snorkeling dengan Mat Adam ni sebab dia jaga betul2 dan tunjukkan tempat2 coral yang cantik. Yelah, kita manalah tau kan area mana ada coral yang cantik.

 Lepas tu kami dibawa ke Marine Park Perhentian. kat sini pun banyak ikan. Ye lah, dah nama marine park mesti banyak ikan kan? Lama juga snorkeling di sini sebab Mat Adam hantar 3 org lagi yg ikut dalam bot tadi balik ke chalet dorang. Sebab dia kata ombak tengah kuat takleh bawak ramai2. So kitaorg lepak lah kat marine park tu. Chalet yang plaing dekat dengan marine park ni is Abdul's. Kat sini ramai mat salleh je dan memang agak famous di kalangan mat salleh. Ada jugak try nak book Abdul's, tapi fully booked manjang. Harap maaf lah takde gambar masa pegi snorkeling trip ni sebab malas nak bawak DSLR takut basah.

 Abis snorkeling trip lebih kurang pukul 5.30 ptg. Perut lapar giler, yelahhh lunch tadi makan megi je. so sebelum balik bilik kami decide nak makan sekali untuk dinner so malam tak payah nak cari makan lagi. So kami makan kat Mama's Kitchen, dekat2 dengan area sha rila ni. me order kuew tiaw goreng dan fresh orange. so total rm 15 untuk kuew tiaw goreng dengan fresh orange. Harga pulau biasalah mesti mahal punya. tapi nak kata sedap tu takde lah sangat, so-so je. Lepas makan, dok lepak kat jetty nak tengok sunset. Tapi malang sungguh sebab banyak sangat awan so sunset pon macam tak berapa nak sunset. Malam plak hujan, patutlah banyak awan tadi masa sunset, nak hujan rupanya... so lepak bilik je lah takde aktiviti nak buat sebab hujan kan. nasib baik bilik memang ada tv dan astro, kalau tak mati kutu jugak tak tau nak buat apa.


mama's kitchen

senja bay resort

sunset yang tak berapa nak sunset

to be continued...







Sunday 19 May 2013

Perhentian 2013 Part 2




Check in went smoothly.. dalam term and condition check in pukul 2.30 pm tapi alhamdulillah, eventhough we all check in pukul 10.00 am bilik dah ready. so terus masuk bilk lepak-lepak kejap sebelum nak turun mandi manda. sape2 yang dok kat sha rila ni memang best sebab dekat sangat dengan romantic beach. me pun kurang arif kenapa dinamakan romantic beach.. kat pantai ni banyak batu2 dan banyak sangat ikan2 yang colourful. memang cantik, crystal clear water dan mmg terbayang2 lagi sampai sekarang keindahannya.. Subhanallah..

romantic beach

apa motif coral digantung mcm ni? 

view from the sha rila cafe


We all berendam sampai 12.30 tghari. Matahari tengah tegak boleh kami berendam kat laut? cuba kalau kat tanah besar tghari macam tu disuruh jalan kaki memang nak kena sumpah tujuh keturunan.. hihihi
Lepas berendam, balik bilik bersihkan badan, solat then bersiap2 untuk snorkeling. Dah janji dengan sorang lagi boatman Mat Adam snorkeling pukul 2.30 ptg. Dapat no phone Mat Adam ni pun dari staff USM gak. Mat adam ni charge rm 35 per head untuk snorkeling 4 tempat. So lepas solat, sementara tunggu bot datang, we all lepak2 tepi pantai sambil makan megi. Awesome!

to be continued....

Friday 17 May 2013

Pulau Perhentian 2013

Part 1


Dah seminggu balik dari Perhentian tapi tak ter update2 kisah perhentian ni. Terlalu busy dgn tugas hakiki katanya...

 Trip ke Perhentian ni me n bff, encik hubby tak dapat join sebab tak dapat cuti. so me perasan jadik bujang kejap hihihi. This is the second time me pergi perhentian, first time dulu time study 10 years back. Kali ni pergi sekejap je 2 day 1 night sebab takleh nak cuti lama2. This trip actually mcm farewell trip kitaorg lah sebab bln june aku dah balik JB utk attachment, Liza plak buat attachment kat Perak, Anne lak nak balik Perlis. Lagipun dah 4 thn dok kat KB tak pernah sekali pun ke Perhentian padahal dah dekat gilerrr.. maybe sebab semua org sibuk tu yang asyik tertangguh je nak ke Perhentian ni.

 Disebabkan Jetty ke Perhentian ni terletak di Kuala Besut dan dekat jugak dgn KB, so kitaorg bertolak dari Kb lebih kurang pukul 7 pagi. Me pukul 6.30 pagi dah keluar rumah, parking kereta kat rumah my bff, Anne then kitaorg naik nazaria anne. On the way tu singgah sarapan di Bachok, then sampai kat Kuala Besut lebih kurang pukul 8.30 pagi. Parking kereta dan call boatman yang me dah arrange a day before. Actually me dapat no phone boatman ni dari staff USM gak, murah lah dia charge. Sebab me tanya kat kaunter kat jetty tu rm 70 pergi balik per adult. Tapi boatman yg me dapat ni charge RM 50 per head pergi balik.Kanak-kanak dia tak charge, sebab Anne bawa 2 anak dia. Memang recommend sangat boatman ni, kalau sapa nak pegi Perhentian boleh call Li 0139847931.
 Parking kat Kuala Besut ni RM 7 per day. Tapi we all parking free, sebabnya park kat depan kaunter bas. Sebelum parking we all tanya juga budak yang jaga kat kaunter tu boleh tak parking situ. Budak tu kata ok cuma kalau let say balik dari pulau pagi, maybe bas akan banyak block kereta. Tapi sebab we all pun nak balik petang kan, so tak kisah lah nak parking kat situ.
 Kita layan gambar dulu ye... penat nak taip ni

posing di jetty kuala besut

Dah jumpa dengan boatman tu kena tunggu boat datang kejap. Adalah dalam setengah jam kut. Perjalanan dari Kuala Besut ke Perhentian dalam 45 minit. Lebih kurang pukul 10 pagi kitaorg sampai di Jetty Perhentian Kecil. Me saja je pilih Perhentian kecil, sebab sebelum ni me pegi Perhentian Besar. Pulau Perhentian ni terbahagi kepada 2 iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Katanya Perhentian Kecil lagi cantik dari Perhentian Besar, that's why teringin nak dok kat sana. Tapi Perhentian Kecil ni tak semua chalet ada electric supply 24 hours. Hanya 2 resort je yang ada electric supply 24 hours iaitu Sha Rila Resort dan Bubu Long Beach. Tapi sebab aritu me compare harga 2 resort ni Bubu Long Beach ni a bit pricey. Kitaorg decide nak dok kat Sha  Rila sebab tgk review kat internet macam best je. Oleh kerana we all terlambat booking, maka bilik yang tinggal hanyalah suite je. Terpaksa lah book jugak sebab dah meroyan sangat nak dok kt situ. Bilik suite tu RM 280 semalam tapi sebab me share dengan Liza, so oklah bahagi dua. Tapi bilik suite tu memang best lah, besar gila.. ada 2 katil queen, sesuai kalau nak bawak family. Tapi kalau korang nak pegi time peak season bulan april-september, harus book awal2 sebab selalu fully book. Masa me call resort ni nak book bilik dah penuh tapi bila tengok kat agoda ada je bilik suite. So me book pakai agoda je lah.

view from perhentian kecil jetty

Shari La ni dekat gila dengan jetty perhentian kecil, so tak payah lah jalan jauh2 kan.. dasar pemalas hihihhi. Kat area2 sini ada jugak chalet kecil yang lebih murah tapi masalahnya kat Perhentian Kecil ni banyak chalet yang tak amik booking in advance. Maksudnya kita sampai sana baru pegi chalet nak tengok ada kosong ke tak. Me bukan jenis yang macam tu, tak sanggup nak redah kut lah takde bilik nanti takkan nak tidur kat pantai pulak kan. so tu salah satu faktor me book shari la ni sebab senang book online je.

suite room Sha Rila resort

to be continued...