Saturday 20 April 2013

Padang-Sawahlunto-Bukit Tinggi

Day 2

hari ni kami memulakan lawatan ke hospital. tengok keadaan hospital, insaf sendiri dan rasa bersyukur keadaan hospital di Malaysia lagi baik. Saya sayang Malaysia. wahhh... tetiba nak patriotik. tapi inilah yang me suka tentang travelling, get to know other places, other people dan adat resam orang. kadang-kadang secara tidak langsung menginsafkan kita betapa beruntungnya saya
ok, stop cakap pasal perasaan.

hospital kota sawahlunto ni terletak di atas bukit kerana bentuk muka bumi sawahlunto sendiri adalah berbukit bukau. jadi kalau dari satu ward nak ke ward lain memang kena turun naik bukit. kalau me kerja kat sini, mesti kurus sebab selalu exercise.. ehhh tetiba plakkk

kami melawat pesakit sumbing bibir di hospital ini. kebanyakan mereka datang dari kawasan pedalaman yang mana memerlukan travel 2 hari 2 malam untuk ke hospital di kota sawahlunto ni. see.. macamana susahnya akses mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan? that's why ramai pesakit sumbing ni under treated. sepatutnya pembedahan sumbing bibir ni dibuat ketika berusia 3 bulan. tapi disebabkan kesukaran akses ke hospital dan juga kekurangan wang, ada pesakit yang berusia 7 tahun masih belum diperbaiki sumbing bibir mereka. ada sorang pesakit tu tak makan makanan hospital tapi dibungkusnya. bila tanya kenapa, dia jawab untuk bekalan perjalanan balik nanti kerana dia tiada wang untuk beli makanan. sungguh sadissss...

kalau kat msia- unit emergency

view dari hospital


salah seorg pesakit sumbing bibir

to be continued...




No comments:

Post a Comment