Friday 19 April 2013

Padang-Sawahlunto-Bukit Tinggi

Day 1

trip ni anjuran USM dan juga belia melaka. pegi ke sana untuk tujuan membuat pembedahan untuk pesakit cleft lip dan palate di Sawahlunto, Padang. sebelum ni me pun tak pernah dengar sawahlunto, tak tau mana ceruk pulak ler tempat ni. mengapa jauh-jauh buat pembedahan di sawahlunto? ini adalah misi kemanusian. sebabnya di sana ramai pesakit cleft lips and palate (sumbing bibir dan lelangit) tak dapat rawatan yang sepatutnya. yelah.. indonesia tu besar, dan rakyatnya ramai. jadi apa salah sekali sekali kita buat kebajikan di sana. pembedahan ni adalah percuma. kami tak mintak sebarang bayaran pun.
bertolak dari kota bharu jam 5 ptg dan sampai di LCCT jam 3 pagi. naik kebas punggung duduk dalam bas. lepaka-lepak kat LCCT mcm org gelandangan hihihi, lepas subuh, mandi dan tukar baju. di sana kami berjumpa rombongan belia melaka dan juga kawan-kawan dari UM. Flight ke Padang pukul 7 pagi. Owhh.. kami satu flight dengan ketua menteri Melaka, Datuk Ali Rustam. Beliau dijemput untuk merasmikan program kami di sana.
sementara tunggu boarding

Air Asia, everybody can fly :)


Perjalanan ke Padang sekejap je.. satu jam dah sampai. Airport padang tak besar mana, kaunter imigresen plak ada 2 je. nak tunggu settle imigresen ni makan masa 1 jam. letih betul menunggu, dengan tak cukup tido sebab travelling dari kota bharu naik bas. Kenapa lambat? sebab kena scan ibu jari, dan amik gambar. kalau scan ibu jari je takpe, ni kena scan kelima-lima jari. haaa.. ko hade? rasa macam nak buat peace je bila camera capture gambar me hihihi
lepas settle amik luggage, dah ada orang tunggu. so kami naik bas untuk ke Sawahlunto. Perjalanan ke Sawahlunto takes about 3 hour. tapi jalan memang mengucap panjang lah, tak boleh nak tido langsung sebab sangat scary tgk jalan yang sempit, berselekoh tajam dan kiri kanan gaung, lagi teruk dari jalan naik ke Fraser Hill. Then pemandu kat sini selamba je memotong di selekoh, terjerit-jerit kami dalam bas ibarat naik roller coster.
see, mcmana sempit jalan, dgn selekoh tajam

nice scenery along the way, subhanallah

ni lebih kurang mcm dewanraya masyarakat sini

persembahan kebudayaan

setelah mengharungi perjalanan mencabar ( mencaabr lah sangat kan.. ), kami tiba di kota Sawahlunto. kami disambut dengan persembahan kebudayaan dan dijamu dengan makanan yang enak. of course lah enak, dah le lapar giler, free plak tu hihihi.
sempat amik gambar Datuk Ali Rustam lagi
selepas makan, kami di bawa ke guest house yang telah disediakan. lepas mandi, masing-masing keletihan, maklumlah travel dari kota bharu naik bas, pastu naik flight ke Padang dan dari Padang travel naik bas ke Sawahlunto plak. mana tak lembik badan huhuhu.

to be continued....








No comments:

Post a Comment