Monday 19 June 2023

 26/5/2023

Modena City- Home of Ferrari

Start berkursus hari ni so pagi-pagi lagi kami dah turun breakfast dan ambil cab untuk ke tempat kursus.Encik Suami tinggal di hotel dan bertugas menyelesaikan urusan laundry di laundry mart yang berdekatan. Thank you Encik Suami, Saranghae :)


Di hadapan hotel yang kami duduk 


Selesai kursus kami balik hotel dulu dan selepas selesai solat kami pergi ke Muzium Ferrari. Muzium ni terletak lebih kurang 900 m dari hotel so kami berjalan kaki ke sana. Muzium ni merupakan rumah Enzo Ferarri, orang yang pertama cipta ferarri. Tiket masuk muzium €22. Byk collection ferrari dalam museum ni dari collection tahun 1947 sampai lah yang terbaru. Ada juga video tayangan journey Enzo Ferrari mencipta kereta lumba. Dalam area muzium ni juga ada rumah dan juga office Enzo Ferrari. Agak menarik juga muzium ni tapi saya ni bukanlah peminat kereta so tak boleh nak appreciate sangat :P
Ferrari Museum




Selesai melawat muzium Ferrari, kami explore bandar Modena. Bandar Modena pada pandangan I sangat tenang tak macam Milan. Walaupun Modena just a small city, tapi masih ada butik2 seperti Zara, H&M. Media makanan halal pun banyak so no worries









Modena City

No comments:

Post a Comment