Monday 20 May 2013

Pulau Perhentian 2013 Part 3

Pegi Perhentian semalam je tapi entry sampai part 3 macam le pegi sebulan kaedahnya.. hihihi. Nak buat mcm mana.. busy sangat.

Ok sambung cerita pasal pegi snorkeling. We all dibawa ke 4 tempat snorkeling. Patutnya ada satu lagi snorkeling point iaitu shark point tapi tak boleh pegi sebab ombak kuat. Tapi memang on the way pegi snokeling boleh rasa ombak memang kuat. Beza betul, tak macam time datang tadi. Terhentak-hentak atas bot. First point yang Mat Adam ni bawa ialah di turtle point. Bak kata Mat Adam, tempat ni penyu selalu singgah minum kopi petang2.. hihihi. Memang ada seekor turtle kat dasar laut. Air kat situ agak dalam gak. Yang paling best tengah sekodeng penyu tu, sekali nampak dia nak naik atas permukaan air. Berkejar semua orang nak ikut. Dapat lah tengok kepala penyu naik ke permukaan air. Best giler..
Pastu kami di bawa plak ke tempat tengok nemo dan coral. Tempat ni tak berapa jauh dari turtle point tadi. Memang banyak gila nemo kat sini. Terjumpa nemo yang agak besar, rugi betul tak beli underwater camera. Hari tu dah tengok dah underwater camera, tapi sebab baru beli DSLR, tak jadi nak beli underwater camera. Next in the list lah :)

Agak lama gak snorkeling di area nemo dan coral ni. Macam2 coral jumpa tapi tau satu je jenis coral, Christhmas tree, tu pon mat adam yang tunjuk. yang bestnya bila christhmas tree ni disentuh dia akan menguncup. Memang best pegi snorkeling dengan Mat Adam ni sebab dia jaga betul2 dan tunjukkan tempat2 coral yang cantik. Yelah, kita manalah tau kan area mana ada coral yang cantik.

 Lepas tu kami dibawa ke Marine Park Perhentian. kat sini pun banyak ikan. Ye lah, dah nama marine park mesti banyak ikan kan? Lama juga snorkeling di sini sebab Mat Adam hantar 3 org lagi yg ikut dalam bot tadi balik ke chalet dorang. Sebab dia kata ombak tengah kuat takleh bawak ramai2. So kitaorg lepak lah kat marine park tu. Chalet yang plaing dekat dengan marine park ni is Abdul's. Kat sini ramai mat salleh je dan memang agak famous di kalangan mat salleh. Ada jugak try nak book Abdul's, tapi fully booked manjang. Harap maaf lah takde gambar masa pegi snorkeling trip ni sebab malas nak bawak DSLR takut basah.

 Abis snorkeling trip lebih kurang pukul 5.30 ptg. Perut lapar giler, yelahhh lunch tadi makan megi je. so sebelum balik bilik kami decide nak makan sekali untuk dinner so malam tak payah nak cari makan lagi. So kami makan kat Mama's Kitchen, dekat2 dengan area sha rila ni. me order kuew tiaw goreng dan fresh orange. so total rm 15 untuk kuew tiaw goreng dengan fresh orange. Harga pulau biasalah mesti mahal punya. tapi nak kata sedap tu takde lah sangat, so-so je. Lepas makan, dok lepak kat jetty nak tengok sunset. Tapi malang sungguh sebab banyak sangat awan so sunset pon macam tak berapa nak sunset. Malam plak hujan, patutlah banyak awan tadi masa sunset, nak hujan rupanya... so lepak bilik je lah takde aktiviti nak buat sebab hujan kan. nasib baik bilik memang ada tv dan astro, kalau tak mati kutu jugak tak tau nak buat apa.


mama's kitchen

senja bay resort

sunset yang tak berapa nak sunset

to be continued...







2 comments:

  1. Salam, boleh bg no Mat Adam tu x? email sy mira782006@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Sy pun nk no mad adam tue..hujung bln 4 ni pln nk g sane.. fizz_ayie@yahoo.com

    ReplyDelete