Tuesday, 30 April 2013

Tooth brushing Drill @ Tadika Bistari Ilmu

oral health kit yg pinjam dari Sister Nor, u save my day 

Last month pengetua tadika Alisha mintak tolong me buat demonstrasi memberus gigi untuk student kat tadika ni. Biasanya kalau tooth brushing demo ni dental nurses yang buat. Jarang dr akan buat except kat adult. Tapi sebab kesian dan fikirkan apa salahnya buat khidmat masyarakat macam ni, me pun setuju. So sebelum bagi cermaah(konon-kononnya) me cari lah materail yang diperlukan. sebab kalo nak buat demo kena le ada model gigi baru le berkesan gitu, masalah problemnya me takde model gigi tu. (nama je Dr gig kan.. haih!) Nasib baik sister Nor ada Oral Health Kid lebih so dapatlah me pinjam.

 So pada Jumaat hari tu me hantar Alisha ke tadika dan terus stay situ sebab program tu bermula pukul 9 pagi. Malas nak patah balik rumah so just stay kat situ menunggu. So sementara tunggu tu, me mengerjakan boipren baru i, Mr Nikon. Dah kata baru beli kan, so mestilah teruja nak try snap2 gambar.
Alisha sekodeng mama dia dari celah grill

the kids excited sungguh tgk camera
So start pukul 9 pagi, me bagi ceramah dan demonstrasi tentang cara-cara memberus gigi yang betul. i Kept it as simple as i can, biasalah kalo beri ceramah kat kids yg berusia 4-6 tahun memang banyak cabaran. So lepas berleter berceramah serba sedikit me tunjukkan cara memberus gigi dengan betul. After that the kids pula yang cuba berus gigi sendiri under my supervision. Cikgu-cikgu dah suruh the kids bawa berus gigi dan cawan siap-siap dari rumah. So masa berus gigi tu macam-macam aksi dan perangai budak-budak ni. It was fun anyway.. tapi i would be best if the parents dapat join this activity. Sebabnya budak-bidak sebesar 4 tahun tu mana lah paham sangat nak berus gigi dgn betul. Sudahnya nanti dibuat main pulak berus gigi tu lagi-lagi dapat tooth paste yang macam-macam perisa tu. Kalau the parents dapat join, lagi bagus sebab sepatutnya parents yg kena berus gigi anak mereka. kalau budak 6 tahun tu maybe dah faham but still the parents kena supervise. So i hope, next time bole lah involve kan parents sekali. 
Penat dah menaip ni, so lets the picture speak...


dental check up sambil baring

Alisha mengantuk dengar mama dia berceramah












Sunday, 28 April 2013

Introducing my new boyfriend.. Mr Nikon D5200

ehem...ehem...
i got another boyfriend.. yeay!previously my boyfriend is Mr Macbook Air but now i have 2 boyfriends
just bought Mr Nikon D52000 with kit lens 18-55 mm
previously i were confused either to buy nikon D5200 or canon 650D
apabila diracun oleh kawan-kawanku yang majority is Nikonian, then of course nikon wins!
and the red colour is so vibrant that caught my eye, so again Nikon wins..
so its the time to play with it.. heee



Saturday, 27 April 2013

Weekend escapade @ Furama Hotel, Bukit Bintang

ini entry yang tertangguh. teramat busy dengan family, kerja dan study melambatkan sedikit entry ini.
Memandangkan kami ke Ho Chi Minh tak bawa anak-anak, so as a compensation @ beli jiwa anak-anak, aku bawa anak-anak bercuti di KL (nak bawa jauh2 bukan cuti sekolah, so KL je lah tpt yg sesuai) sebab dah janji nak bawak they all tido hotel. anak-anak zaman sekarang sungguh demanding, nak tido kat hotel aje, apa yang best pun me tak tau.
So hotel yang menjadi piliha kalbu adalah Furama Hotel, Bukit Bintang. Actually me dapat voucher hotel ni dari orientrewards, so just tambah rm 200 untuk 2 malam. ok lah me rasa sebab aku riki-riki dalam agoda untuk tarikh yg me nak check in tu rm 400++ semalam. Bapak mahallll..

Check in went smoothly, patutnya bilik superior tapi dapat free upgrade ke suite *lompat bintang*
so let's see the room
the hall.. besar

bilik- king size bed

the toilet

Bercerita pasal pool plak, biasa lah kalau anak-anak nak dok hotel satu je misi dorang ni, nak mandi pool. so pool kat hotel ni terletak kt tingkat 3. betul-betul sebelah cafe dorang. so boleh lah breakfast sambil lepak tepi pool perhatikan anak-anak mandi pool. breakfast spread memang banyak tapi dari segi rasa, so so je. takde lah sedap sangat pun. Adam dan Alisha berendam sampai tengahari kat pool. nasib baik kawasan pool untuk kids tu redup, so takde lah panas sangat. masa kami pegi ni, pool tgh underconstruction, tapi nasib baik kids pool dorang bukak. kalo tak mesti kecewa anak-anak nanti.
the pool

breakfast tepi kolam, awesome

Adam tunjuk skill

lepas anak-anak mandi, kami keluar ke berjaya time square yg betul-betul berhadapan dengan Furama hotel ni. Jalan-jalan sekejap, then naik train ke sogo. dari sogo plak naik train lagi ke KLCC. anak-anak dah lama sibuk request nak naik train. haaaa.. ni dari tghari sampai ke malam naik train. biar diaorg puas sampai termuntah :)











Friday, 26 April 2013

Padang-Sawahlunto-Bukit Tinggi

Day 6- SAYONARA RANAH MINANG


Hari last di bumi Minang, lepas breakfast pergi jenguk kat Pasar Atas untuk last minute shopping. Sebenarnya bukan lah nak shopping sangat, tapi sebab tak tau nak ke mana sementara tunggu check out dan juga jarak hotel The Hills yang memang dekat sangat dengan Pasar Atas, so situ je lah tempat me tuju. Sebelum tu, posing di jam gadang (jam besar) untuk kali terakhir. Dapat jugak sambar jubah di Pasar Bawah sehelai rm 30. Murah kan? kat Malaysia mana nak dapat jubah yg merelip2 rm 30. Then balik hotel kemas barang dan check out. Lebih kurang pukul 11 pagi kami naik nas untuk ke Padang. Jarak dari Bukit Tinggi ke Padang dalam 1.5-2 hours. On the way tu singgah makan dan singgah sana  sini jap. Sampai airport teerus check in barang dan tunggu lah kat airport tu untuk boarding

Overall trip kali ni memang best sebab dapat pergi Sawahlunto. Dapat tengok keadaan countryside of Padang.

Goodbye, Ranah Minang, till we meet again....

Wednesday, 24 April 2013

Padang-Sawahlunto-Bukit Tinggi

Day 5

Pagi-pagi dah keluar dari hotel. misi hari ni nak pergi shopping di Aur Kuning. Aur Kuning ni tempat jualan borong dan majoriti peniaga di Pasar Atas mengambil stok di sini. So harga lagi murah. Tapi tempatnya memang agak kurang selesa, tak macam Pasar Atas, tapi demi untuk mencari barang-barang yang lagi murah (dasar kedeks hihihi) lautan api pun sanggup direnangi. chewaahhh. Prinsip shopaholic tegar macam me ni, asal tempat jual tu buruk asalkan dapat beli barang yang sama dengan harga yang murah. Bayangkan kalau di Pasar Atas, kain sulam yang sama di jual 150k rupiah, di Aur Kuning cuma 90-100k rupiah bergantung kepada skill anda menarwar. See, bukan ke banyak untung tu?
Bershopping di Aur Kuning sampai duit habis, serius hanya tinggal 5k rupiah je. nak tukar duit pun takde money changer di situ, nak pakai kredit card pun tak boleh. tapi hati rasa nak shopping lagi. tanya kawan-kawan, masing-masing kehabisan rupiah. Apabila seorang shopaholic tegar kehabisan duit tetapi masih teringin nak beli sebab sangat murah, rasa sangat tak best okeh.. macam loser. Menyesal tak bawa duit banyak2 sebab ingatkan kat sini ada money changer. sudahnya gigit jari, padan muka! Moral of the story, sila bawak rupiah banyak-banyak di Aur Kuning sebab nanti anda akan jadi macam saya yang kecewa tak dapat membeli lagi sebab kehabisan rupiah. Bayangkan kain sulam di internet orang jual rm 100-150, di sini hanya lebih kurang rm 30++ je. Mana lah me tak meroyan kat situ.
Oleh kerana kami dah kehabisan rupiah, maka nya buat apa nak sakit kan hati sendiri duduk kat situ lagi so kami plan balik semula ke hotel. sampai hotel, pegi tukar duit dan sambung shopping di Pasar Atas dan Pasar Bawah sebab nak cari fridge magnet dan sedikit souvenir untuk keluarga
Balik dari bershopping, kaki semau dah sakit sebab berjalan kan, so me amik pakej massage di hotel. murah nak banding di Malaysia. Sesekali memanjakan diri apa salahnya kan...

Tuesday, 23 April 2013

Padang-Sawahlunto-Bukit Tinggi

Day 4

Hari terakhir di Sawahlunto. Lepas sarapan pagi kami bergerak ke Bukit Tinggi dan kami akan bermalam di sana 2 malam. Dalam perjalanan, kami sempat singgah untuk makan Sate Padang. Tak tau kat mana kami singgah sebab ikut driver bas yang berhenti. Sedap sate padang ni. sate sama macam malaysia cuma kuahnya bukan kuah kacang, kuahnya pekat macam kuah kari pun ada tapi bukan kuah kari.
sate padang, marvellous


rumah minangkabau

danau singkarak
Sampai di Bukit Tinggi agak petang, terus check in kat the hills hotel. leaps check in, letak barang, solat
then kami keluar melawat kawasan. The hills hotel ni dekat dengan Pasar Atas, syurga beli belah. Kami jalan2 je di situ survey harga dulu. Sebab esok plan nak pegi Aur Kuning. Dengarnya barang di Aur Kuning lagi murah. so kami riki2 je harga kat Pasar Atas. Kalo lagi murah di Aur Kuning beli di saba, kalo tak bole mengulang di Pasar Atas sebab hotel dekat je.






Monday, 22 April 2013

Padang-Sawahlunto-Bukit Tinggi

Day 3

setelah penat membanting tulang di hospital(membanting lah sangat) so today is the time for free and easy. kami ronda-ronda kota Sawahlunto ni. Sawahlunto terkenal dengan aktiviti tambang  batu bara atau dlm bahasa inggeris coal mine. Tambang batu bara di kota Sawahlunto ini adalah yang pertama tetapi telah ditutup kerana air meresap banyak. ia hanya dibuka untuk tujuan perlancongan dan dinamakan Lubang Suro. sila baca sign board di bawah untuk penjelasan lanjut.

teruja untuk melihat sendiri tambang batu bara ni, banyak pantang larang sblm masuk lubang suro ni, antaranya, wanita dalam haid dan mengandung tidak dibenarkan masuk dan jgn bercakap yang bukan-bukan di dalam lubang suro ini. ini kerana lubang suro ni menyimpan seribu satu misteri dan ramai 'orang rantai' iaitu buruh kasar telah mati dalam lubang ini. kenapa dipanggil orang rantai? sebab di kaki  buruh kasar ni diletakkan rantai dan pemberat supaya mereka tidak lari. Kejam kan? tak dapat bayangkan mereka bekerja dengan keadaan kaki dirantai. sblm masuk, kena pakai but, cantik sket dari but phu chu kang dan juga safety helmet
depan pintu masuk lubang
dah macam keje kontrak
untuk masuk ke dalam ni, kena ada tour guide. dan tour guide ni sebelum masuk berpesan macam-macam antaranya jaga mulut, jgn celupar, dan jangan ambil apa-apa benda di dalam lubang ini. Sebelum masuk, tour guide ni baca doa dulu dan diikuti memberi salam. terfikir juga, kalo ada orang jawab salam tu macam mana? haih... imiginasi luar kawalan betul. untuk turun ke dalam lubang tu kena berhati-hati sebab tangga curam dan juga licin. dalam juga lah lubang ni.
keadaan dlm lubang suro

yang hitam berkilat tu lah batu bara

selesai meronda-ronda dalam lubang suro, kami pergi ke muzium dapur umum. Dapur umum ini adalah yang terbesar di Sawahlunto yang digunakan suatu ketika dulu untuk memasak makanan untuk orang rantai. tak jauh pun muzium ini dari lubang suro. di muzium ini dipamerkan alatan memasak dan juga tempat memasak. 

pintu masuk muzium


di belakang tu periuk nasi, besar giler
Selesai jalan-jalan di muzium dapur umum tu, kami bergerak ke muzium keretapi. di sini lah kereta api yg menggunakan wap digunakan. nama diberi Mak Itam, klasik betul nama. Sempat juga naik keretapi klasik ni untuk perjalanan 20 minit. best jugak tapi super lembab lah.
muzium keretapi

Mak Itam in action

to be continued...