setelah penat membanting tulang di hospital(membanting lah sangat) so today is the time for free and easy. kami ronda-ronda kota Sawahlunto ni. Sawahlunto terkenal dengan aktiviti tambang batu bara atau dlm bahasa inggeris coal mine. Tambang batu bara di kota Sawahlunto ini adalah yang pertama tetapi telah ditutup kerana air meresap banyak. ia hanya dibuka untuk tujuan perlancongan dan dinamakan Lubang Suro. sila baca sign board di bawah untuk penjelasan lanjut.
teruja untuk melihat sendiri tambang batu bara ni, banyak pantang larang sblm masuk lubang suro ni, antaranya, wanita dalam haid dan mengandung tidak dibenarkan masuk dan jgn bercakap yang bukan-bukan di dalam lubang suro ini. ini kerana lubang suro ni menyimpan seribu satu misteri dan ramai 'orang rantai' iaitu buruh kasar telah mati dalam lubang ini. kenapa dipanggil orang rantai? sebab di kaki buruh kasar ni diletakkan rantai dan pemberat supaya mereka tidak lari. Kejam kan? tak dapat bayangkan mereka bekerja dengan keadaan kaki dirantai. sblm masuk, kena pakai but, cantik sket dari but phu chu kang dan juga safety helmet
depan pintu masuk lubang dah macam keje kontrak |
keadaan dlm lubang suro |
yang hitam berkilat tu lah batu bara |
selesai meronda-ronda dalam lubang suro, kami pergi ke muzium dapur umum. Dapur umum ini adalah yang terbesar di Sawahlunto yang digunakan suatu ketika dulu untuk memasak makanan untuk orang rantai. tak jauh pun muzium ini dari lubang suro. di muzium ini dipamerkan alatan memasak dan juga tempat memasak.
pintu masuk muzium
di belakang tu periuk nasi, besar giler |
No comments:
Post a Comment