Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Friday, 26 April 2013

Padang-Sawahlunto-Bukit Tinggi

Day 6- SAYONARA RANAH MINANG


Hari last di bumi Minang, lepas breakfast pergi jenguk kat Pasar Atas untuk last minute shopping. Sebenarnya bukan lah nak shopping sangat, tapi sebab tak tau nak ke mana sementara tunggu check out dan juga jarak hotel The Hills yang memang dekat sangat dengan Pasar Atas, so situ je lah tempat me tuju. Sebelum tu, posing di jam gadang (jam besar) untuk kali terakhir. Dapat jugak sambar jubah di Pasar Bawah sehelai rm 30. Murah kan? kat Malaysia mana nak dapat jubah yg merelip2 rm 30. Then balik hotel kemas barang dan check out. Lebih kurang pukul 11 pagi kami naik nas untuk ke Padang. Jarak dari Bukit Tinggi ke Padang dalam 1.5-2 hours. On the way tu singgah makan dan singgah sana  sini jap. Sampai airport teerus check in barang dan tunggu lah kat airport tu untuk boarding

Overall trip kali ni memang best sebab dapat pergi Sawahlunto. Dapat tengok keadaan countryside of Padang.

Goodbye, Ranah Minang, till we meet again....

Wednesday, 24 April 2013

Padang-Sawahlunto-Bukit Tinggi

Day 5

Pagi-pagi dah keluar dari hotel. misi hari ni nak pergi shopping di Aur Kuning. Aur Kuning ni tempat jualan borong dan majoriti peniaga di Pasar Atas mengambil stok di sini. So harga lagi murah. Tapi tempatnya memang agak kurang selesa, tak macam Pasar Atas, tapi demi untuk mencari barang-barang yang lagi murah (dasar kedeks hihihi) lautan api pun sanggup direnangi. chewaahhh. Prinsip shopaholic tegar macam me ni, asal tempat jual tu buruk asalkan dapat beli barang yang sama dengan harga yang murah. Bayangkan kalau di Pasar Atas, kain sulam yang sama di jual 150k rupiah, di Aur Kuning cuma 90-100k rupiah bergantung kepada skill anda menarwar. See, bukan ke banyak untung tu?
Bershopping di Aur Kuning sampai duit habis, serius hanya tinggal 5k rupiah je. nak tukar duit pun takde money changer di situ, nak pakai kredit card pun tak boleh. tapi hati rasa nak shopping lagi. tanya kawan-kawan, masing-masing kehabisan rupiah. Apabila seorang shopaholic tegar kehabisan duit tetapi masih teringin nak beli sebab sangat murah, rasa sangat tak best okeh.. macam loser. Menyesal tak bawa duit banyak2 sebab ingatkan kat sini ada money changer. sudahnya gigit jari, padan muka! Moral of the story, sila bawak rupiah banyak-banyak di Aur Kuning sebab nanti anda akan jadi macam saya yang kecewa tak dapat membeli lagi sebab kehabisan rupiah. Bayangkan kain sulam di internet orang jual rm 100-150, di sini hanya lebih kurang rm 30++ je. Mana lah me tak meroyan kat situ.
Oleh kerana kami dah kehabisan rupiah, maka nya buat apa nak sakit kan hati sendiri duduk kat situ lagi so kami plan balik semula ke hotel. sampai hotel, pegi tukar duit dan sambung shopping di Pasar Atas dan Pasar Bawah sebab nak cari fridge magnet dan sedikit souvenir untuk keluarga
Balik dari bershopping, kaki semau dah sakit sebab berjalan kan, so me amik pakej massage di hotel. murah nak banding di Malaysia. Sesekali memanjakan diri apa salahnya kan...

Tuesday, 23 April 2013

Padang-Sawahlunto-Bukit Tinggi

Day 4

Hari terakhir di Sawahlunto. Lepas sarapan pagi kami bergerak ke Bukit Tinggi dan kami akan bermalam di sana 2 malam. Dalam perjalanan, kami sempat singgah untuk makan Sate Padang. Tak tau kat mana kami singgah sebab ikut driver bas yang berhenti. Sedap sate padang ni. sate sama macam malaysia cuma kuahnya bukan kuah kacang, kuahnya pekat macam kuah kari pun ada tapi bukan kuah kari.
sate padang, marvellous


rumah minangkabau

danau singkarak
Sampai di Bukit Tinggi agak petang, terus check in kat the hills hotel. leaps check in, letak barang, solat
then kami keluar melawat kawasan. The hills hotel ni dekat dengan Pasar Atas, syurga beli belah. Kami jalan2 je di situ survey harga dulu. Sebab esok plan nak pegi Aur Kuning. Dengarnya barang di Aur Kuning lagi murah. so kami riki2 je harga kat Pasar Atas. Kalo lagi murah di Aur Kuning beli di saba, kalo tak bole mengulang di Pasar Atas sebab hotel dekat je.






Monday, 22 April 2013

Padang-Sawahlunto-Bukit Tinggi

Day 3

setelah penat membanting tulang di hospital(membanting lah sangat) so today is the time for free and easy. kami ronda-ronda kota Sawahlunto ni. Sawahlunto terkenal dengan aktiviti tambang  batu bara atau dlm bahasa inggeris coal mine. Tambang batu bara di kota Sawahlunto ini adalah yang pertama tetapi telah ditutup kerana air meresap banyak. ia hanya dibuka untuk tujuan perlancongan dan dinamakan Lubang Suro. sila baca sign board di bawah untuk penjelasan lanjut.

teruja untuk melihat sendiri tambang batu bara ni, banyak pantang larang sblm masuk lubang suro ni, antaranya, wanita dalam haid dan mengandung tidak dibenarkan masuk dan jgn bercakap yang bukan-bukan di dalam lubang suro ini. ini kerana lubang suro ni menyimpan seribu satu misteri dan ramai 'orang rantai' iaitu buruh kasar telah mati dalam lubang ini. kenapa dipanggil orang rantai? sebab di kaki  buruh kasar ni diletakkan rantai dan pemberat supaya mereka tidak lari. Kejam kan? tak dapat bayangkan mereka bekerja dengan keadaan kaki dirantai. sblm masuk, kena pakai but, cantik sket dari but phu chu kang dan juga safety helmet
depan pintu masuk lubang
dah macam keje kontrak
untuk masuk ke dalam ni, kena ada tour guide. dan tour guide ni sebelum masuk berpesan macam-macam antaranya jaga mulut, jgn celupar, dan jangan ambil apa-apa benda di dalam lubang ini. Sebelum masuk, tour guide ni baca doa dulu dan diikuti memberi salam. terfikir juga, kalo ada orang jawab salam tu macam mana? haih... imiginasi luar kawalan betul. untuk turun ke dalam lubang tu kena berhati-hati sebab tangga curam dan juga licin. dalam juga lah lubang ni.
keadaan dlm lubang suro

yang hitam berkilat tu lah batu bara

selesai meronda-ronda dalam lubang suro, kami pergi ke muzium dapur umum. Dapur umum ini adalah yang terbesar di Sawahlunto yang digunakan suatu ketika dulu untuk memasak makanan untuk orang rantai. tak jauh pun muzium ini dari lubang suro. di muzium ini dipamerkan alatan memasak dan juga tempat memasak. 

pintu masuk muzium


di belakang tu periuk nasi, besar giler
Selesai jalan-jalan di muzium dapur umum tu, kami bergerak ke muzium keretapi. di sini lah kereta api yg menggunakan wap digunakan. nama diberi Mak Itam, klasik betul nama. Sempat juga naik keretapi klasik ni untuk perjalanan 20 minit. best jugak tapi super lembab lah.
muzium keretapi

Mak Itam in action

to be continued...







Saturday, 20 April 2013

Padang-Sawahlunto-Bukit Tinggi

Day 2

hari ni kami memulakan lawatan ke hospital. tengok keadaan hospital, insaf sendiri dan rasa bersyukur keadaan hospital di Malaysia lagi baik. Saya sayang Malaysia. wahhh... tetiba nak patriotik. tapi inilah yang me suka tentang travelling, get to know other places, other people dan adat resam orang. kadang-kadang secara tidak langsung menginsafkan kita betapa beruntungnya saya
ok, stop cakap pasal perasaan.

hospital kota sawahlunto ni terletak di atas bukit kerana bentuk muka bumi sawahlunto sendiri adalah berbukit bukau. jadi kalau dari satu ward nak ke ward lain memang kena turun naik bukit. kalau me kerja kat sini, mesti kurus sebab selalu exercise.. ehhh tetiba plakkk

kami melawat pesakit sumbing bibir di hospital ini. kebanyakan mereka datang dari kawasan pedalaman yang mana memerlukan travel 2 hari 2 malam untuk ke hospital di kota sawahlunto ni. see.. macamana susahnya akses mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan? that's why ramai pesakit sumbing ni under treated. sepatutnya pembedahan sumbing bibir ni dibuat ketika berusia 3 bulan. tapi disebabkan kesukaran akses ke hospital dan juga kekurangan wang, ada pesakit yang berusia 7 tahun masih belum diperbaiki sumbing bibir mereka. ada sorang pesakit tu tak makan makanan hospital tapi dibungkusnya. bila tanya kenapa, dia jawab untuk bekalan perjalanan balik nanti kerana dia tiada wang untuk beli makanan. sungguh sadissss...

kalau kat msia- unit emergency

view dari hospital


salah seorg pesakit sumbing bibir

to be continued...




Friday, 19 April 2013

Padang-Sawahlunto-Bukit Tinggi

Day 1

trip ni anjuran USM dan juga belia melaka. pegi ke sana untuk tujuan membuat pembedahan untuk pesakit cleft lip dan palate di Sawahlunto, Padang. sebelum ni me pun tak pernah dengar sawahlunto, tak tau mana ceruk pulak ler tempat ni. mengapa jauh-jauh buat pembedahan di sawahlunto? ini adalah misi kemanusian. sebabnya di sana ramai pesakit cleft lips and palate (sumbing bibir dan lelangit) tak dapat rawatan yang sepatutnya. yelah.. indonesia tu besar, dan rakyatnya ramai. jadi apa salah sekali sekali kita buat kebajikan di sana. pembedahan ni adalah percuma. kami tak mintak sebarang bayaran pun.
bertolak dari kota bharu jam 5 ptg dan sampai di LCCT jam 3 pagi. naik kebas punggung duduk dalam bas. lepaka-lepak kat LCCT mcm org gelandangan hihihi, lepas subuh, mandi dan tukar baju. di sana kami berjumpa rombongan belia melaka dan juga kawan-kawan dari UM. Flight ke Padang pukul 7 pagi. Owhh.. kami satu flight dengan ketua menteri Melaka, Datuk Ali Rustam. Beliau dijemput untuk merasmikan program kami di sana.
sementara tunggu boarding

Air Asia, everybody can fly :)


Perjalanan ke Padang sekejap je.. satu jam dah sampai. Airport padang tak besar mana, kaunter imigresen plak ada 2 je. nak tunggu settle imigresen ni makan masa 1 jam. letih betul menunggu, dengan tak cukup tido sebab travelling dari kota bharu naik bas. Kenapa lambat? sebab kena scan ibu jari, dan amik gambar. kalau scan ibu jari je takpe, ni kena scan kelima-lima jari. haaa.. ko hade? rasa macam nak buat peace je bila camera capture gambar me hihihi
lepas settle amik luggage, dah ada orang tunggu. so kami naik bas untuk ke Sawahlunto. Perjalanan ke Sawahlunto takes about 3 hour. tapi jalan memang mengucap panjang lah, tak boleh nak tido langsung sebab sangat scary tgk jalan yang sempit, berselekoh tajam dan kiri kanan gaung, lagi teruk dari jalan naik ke Fraser Hill. Then pemandu kat sini selamba je memotong di selekoh, terjerit-jerit kami dalam bas ibarat naik roller coster.
see, mcmana sempit jalan, dgn selekoh tajam

nice scenery along the way, subhanallah

ni lebih kurang mcm dewanraya masyarakat sini

persembahan kebudayaan

setelah mengharungi perjalanan mencabar ( mencaabr lah sangat kan.. ), kami tiba di kota Sawahlunto. kami disambut dengan persembahan kebudayaan dan dijamu dengan makanan yang enak. of course lah enak, dah le lapar giler, free plak tu hihihi.
sempat amik gambar Datuk Ali Rustam lagi
selepas makan, kami di bawa ke guest house yang telah disediakan. lepas mandi, masing-masing keletihan, maklumlah travel dari kota bharu naik bas, pastu naik flight ke Padang dan dari Padang travel naik bas ke Sawahlunto plak. mana tak lembik badan huhuhu.

to be continued....