Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Wednesday, 15 April 2015

Stone Cafe, Bandung

Assalamualaikum…



Makan lagi.. hihihi.. i love cooking, i love food so mestilah nak story pasal food jugak kan :)
This time i nak share Stone Cafe, Bandung. Stone Cafe terletak  di Jl Dago Atas.. Atas bukit and awesome place. Actually tak plan pun nak pegi dsna. Last night kami di Bandung, saja nak cari tempt yang tak pernah pegi dan menghabiskan lebihan rupiah. So lepas shopping i suruh Pak Wawan hantar ke Stone Cafe. Tak jauh jugak dari Kota Bandung lebih kurang setengah jam perjalanan. Tapi jalan nak pegi Stone Cafe ni memang kena mendaki.. sebab terltk nun di atas bukit Dago. Jalan memang kecik dan banyak selekoh. Agak menyeramkan lah jugak. Tapi bila dah sampai atas memang worth it.. stunning view from here. Can see Bandung town from here. Kami duduk di pondok di lereng bukit. Dari pondok yang kami lepak memang boleh nampak kota Bandung.. Romantic place, nice ambience.. Ada live band lagi.
Food kat sini boleh tahan sedap. I order Australian Sirloin Steak, roasted chicken, nasi ayam penyet dan  choc lava cake as dessert.. Semua sedap. Berbaloi baloi. Total expenses makan kat sini lebih kurang RM 200. Too me quite cheap sebab kalo fine dining macam ni kat Malaysia memang mahal lah.. dengan makan atas bukit.. service tip top..
Kalau berkunjung ke Bandung, boleh try makan kat sini

entrance 
pondok di lereng bukit

pondok yang awesome

Tuesday, 7 April 2015

Bandung Part 2 - Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum…


I nak share tempat-tempat makan kat Bandung. One of the reason I suka pegi bandung because of food.   I suka dengan makanan kat Bandung.. kena dengan tekak I. One of my favourite place is D'Cost. D'Cost ni serve seafood dan every time datang Bandung mesti I akan pegi makan kat Da' Cost without fail. My hubby pun suka gila makan kat sini. Makanan sedap dan harga pun x mahal. Tapi baru-baru ni yang I pergi makan kat situ, almost the food there dah naik harga. D' Cost ni banyak cawangan kat Bandung. Sebenarnya D'cost ni banyak  cawangan kat Indonesia. Kat Jakarta pun ada kalau tak silap. Tapi yg I selalu pergi main branch kat Jl Sukajadi. Yang best kat sini, nasi , teh O dan air kosong memang dia bagi free flow. Our favourite food kat sini ialah ikan gurame bakar.. menu-menu yang lain pun sedap jugak. D'cost ni memang dah diiktiraf halal oleh Majlis Ulama Indonesia. Klik sini kalau nak tengok website D'cost.
D'cost Seafood

Visit kali ni I try makan kat new place, actually takde lah baru sangat tapi sebab I tak pernah makan kat situ so consider baru lah :) Praoe Seafood ni terletak dekat Jl Sumatera. Actually Praoe tu dalam bahasa melayu is perahu. kat kedai  memang tu ada perahu tersadai :P  tu . Actually i tau pasal restoran ni pun Pak Wawan yang suggest. Katanya lagi murah dari D'cost. Pada I harga lagi murah dari D'cost, tapi I rasa macam D'cost lagi sedap. Tapi Hubby I lagi suka Praoe. different people different taste kut..




Dua budak kenit dan perahu :)


Sunday, 27 October 2013

Penang 2013 Part 4- jalan-jalan-cari-makan

Assalaualaikum and good day,



Punya lah lama nak habiskan entry Penang ni. jenuh nk menghabiskan padahal trip 3 hari je ke Penang.. hihihi


**********************************************************************

Hari ni conference habis awal, pukul 12 tengahari dah habis. So we all decide tak nak lunch kat hotel (jual mahal konon hahaaha) sebab nak makan nasi kandar. we all nak makan Nsi Kandar Line Clear which is situated at Penang Road. Actually me ni kureng sikit pasal nasi kandar ni, tapi since my friends dah sibuk suruh try the best nasi kandar in town iaitu Nasi Kandar Line Clear, so just want to give it  try. Dari hotel kami jalan kaki, tak jauh sangat. Actually kedai makan ni agak tersorok sikit, berada di celah-celah lorong di Penang Road. Jalan je kat Penang Road tu and kalau jumpa Sam's Collection, gerai Nasi Kandar Line Clear just sebelah kedai ni.


if u walk along Penang Road, u'll notice SAM's Collection on your left side, Nasi Kandar Line Clear is just next to it

line clear nasi kandar
Masa we all sampai tu, x ramai orang pun. maybe belum sampai lunch time lagi. my friend kata sedap but i couldn't appreciate maybe sebab i tak suka sgt curry or mamak's food. tapi air sirap limau kat sana memang awesome. lets see nasi kandar kami yang meriah

kepala ikan, ada beraniii?? hihihi

nasi beriani + ayam goreng + udang besaq sekoq + sirap limau = rm 18 tunaiii

nasi putih + sotong tiga ketul + sayur+ sirap limau= rm 15 tunaiii

to be continued... 

daaaaaaa






Monday, 26 August 2013

Bandung 2013- part 6 finale

Previous entry Bandung Part 5



aiyoooo... dah part 6 my post about bandung tapi tak abis-abis lagi... sorry lah, masa amat mencemburui saya. this post gonna be the last post about bandung. masih ada lagi post tenant Universal Studio Singapore yang i belum sempat nak post. tunggu lah satu hari yg mulia nanti baru post about my USS trip :)

******************************************************************************

last day i kat bandung. we all keluar dari apartment awal dalam pukul 9 pagi. sebelum tu dah breakfast ringkas kat apartment, makan roti je. duit sewa apartment dah settle malam tadi gengan dedi. so i just pass the key to the reception. we all sambung shopping kat Pasar Baru, sebab barang umrah belum dapat lagi. Actually memang plan nak pegi umrah next year kalau ada rezeki, so orang kata barang umrah dan haji kat Pasar Baru ni murah tu yang nak survey. Barang kepereluan umrah dan haji ada di Lantai 4 Pasar Baru, so boleh survey dan cari yang mana murah. to me, harga boleh tahan murah tapi macam tudung tu i tak berkenan sangat. sebab banyak tudung labuh ada awning yang tak cantik. awning tebal dan rasa macam pakai topi je. so i tak beli tudung tu, tapi my hubby beli baju labuh dan seluar. stokin wuduk pon ada jual, murah nak banding yang jual online kat malaysia ni.
 lepas dah do the last minute shopping, we all pegi lunch before pergi airport. we all lunch kat my all time favourite restaurant in Bandung iaitu Da' Cost. Dah jatuh cinta dengan Da' Cost ni since first time datang Bandung dulu. Da' Cost ni jual seafood yang sedap dan murah. sesuai dengan tag line nya- mutu 5 bintang, harga kaki lima. Lepas makan, we all terus ke airport, dah selesai check in we all decide terus masuk boarding hall. sekai flight delay pulakkkk... dah lah boarding hall kat airport Bandung kecil and takde yang menarik, so lepak dok situ je. sempat lah alisha tidur sekejap sementara tunggu boarding.
Sampai LCCT dah pukul 8 malam, abg2 dan kakak2 kastam aktif plak time ni, nasib baik beg tak kena bukak. ada juga lah org lain yg kena bukak beg. Nasib lah tu...

So.. will be arranging the next trip to Bandung, next year perhaps? tapi kena penuhkan tabung ayam dull kalau tak takde duit nak shopping huhuhuhu

till then, daaaaaa

with my sis in law

ikan gurame masak padang

ikan gurame bakar




Thursday, 22 August 2013

Bandung 2013- Part 4


The next day awal-awal pagi dah keluar. Disebabkan apartment ni tak sediakan  breakfast, we all kena cari breakfast sendiri. So we all decide nak breakfast + lunch sekali kat Warung Ampera. Makanan kat sini kita pilih raw food mcm ayam yg dah siap marinate then kita bole pilih samada nak bakar atau goreng. Macam-macam jenis makanan disini. Sedap dan murah. Kami makan 4 adults dan 3 child dengan ayam bakar 3, ikan goreng dan macam-macam lagi, jumlah tak sampai rm 40. Warung ampera ni boleh didapati di banyak tempat di Kota Bandung. Di luar Pasar Baru pun ada juga Warung ampera ni. Tapi yang i pergi ni kat Cabang Kebon Kalapa.

Warung Nasi Ampera
the food,bole pilih either nak goreng ataus bakar

Ayam bakar dan ulam-ulam

Bandung memang food heaven. Food is one of the reason i kept coming to Bandung. Tak percaya cubalah rasa :)


to be continued







Wednesday, 21 August 2013

Bandung 2013- Part 3




Fuhhh...fuhhhh... uhuk.. uhuk... bersawang dah my blog ni... lama sangat tak update. busy yang teramat katanya...

Entry yg tertangguh my trip to Bandung bulan may ari tu



****************************************************************************


Lepas balik dari Pasar Baru, we all pegi ke airport untuk jemput my hubby. Actually me dah beli tiket awal sethn dah, last minute my hubby ada hal yg tak boleh dielakkan so terpaksa dtg lambat sehari. So hubby sampai dalam pukul 8.30 malam, then dari airport semua dah lapar. Pak hery bawa kami ke food Court di Paskal. Dah beberapa tahun berulang ke Bandung, this is first time i pergi Paskal ni. Its actually food court yg besar sgt, jual macam2 local food.

The kids in front of the signage
Paskal Food Court




I suka dengan lanskap dekat Paskal ni, cantik dan unik. Banyak sangat local food kat food court ni. I order Mee Goreng, rasa agak pelik dan manis sikit  nak dibandingkan dengan Mee Goreng di Malaysia.  
My sis in law order bakmi, sedap jugak. Macam mee sup di malaysia tapi dia makan dengan keropok dan sambal.

Lepas makan, we all dah kepenatan dan decide nak balik ke apartment. Balik apartment, mandi, solat dan terus tido


to be continued...


Saturday, 1 June 2013

Bandung 2013- Part 2


Bangun pagi dan bersiap2 untuk keluar. Apartment ni tak siapkan breakfast jadi perlu cari sendiri di luar. Hery bawa kami breakfast di satu tempat, lupa nama tempatnya. Tapi ramai orang makan bubur ayam di sini. Me order nasi penyet dan teh botol. Nasi penyet boleh tahan sedap.. 
my favorite
 Lepas dah isi perut, Hery bawa kami ke kedai Pak teddy, his boss. Kedai pak teddy ni jual kain sulam dan juga telekung. Agak murah banding dengan Pasar Baru. Kain sulam banyak pilihan tapi telekung limited choice. Kak Ja tempah baju kurung, dress dan baju melayu untuk Abg Razi. 2 hari dah siap. Me pun terjebak tempah dress. Tailor nya nama Noer, upahnya 175k IDR. Ok lah murah nak compare upah jahit baju di JB. Jahitannya kemas dan cantik. Memang puas hati lah.
 Lepas selesai membeli di kedai Pak Teddy me ajak Hery ke Jalan Alkateri untuk tempah langsir. Jalan Alkateri ni banyak kedai langsir ( orang bandung panggil langsir=gordyn). Sebab dah 3 tahun tak tempah langsir, kali ni me nak tempah langsir. Kain dan upah tempah 55k IDR per meter. Me tempah untuk rumah me dan my mum so habis lebih kurang seribu ringgit. Consider murahlah sebab me pernah tempah untuk my house je dah seribu, tapi ni me tempah untuk 2 rumah. Satu hari dah siap dan jahitan cantik. Me tempah kat toko ramayana. 
Lepas dah tempah langsir, kami ke Pasar baru, syurga beli belah. me tak borong kain sangat sebab hari tu dah borong kain cotton di Vietnam. My personal opinion, kain cotton di Vietnam lagi cantik dan murah dari Bandung. Tapi lace di Bandung lagi cantik2 dan banyak pilihan. Me beli telekung di tempat biasa, Toko Laris. Di sini dah biasa beli so dapat harga murah sikit. Lunch kami makan di food court pasar baru di kedai kemangi, sebab dah biasa dengan kak imas. Me order nasi timbel, sis in law order nasi ayam penyet dan me order udang dan sotong goreng tepung untuk the kids. Harga di food court Pasar Baru ni agak mahal sebab tempat tumpuan org Malaysia, tapi sebab dah kenal kak Imas, dapat lah discount sikit. Lepak pasar baru sampai kedai tutup.. selagi tak tutup selagi tu lah tak balik hihihi.
the vogue, pasar baru

bertabahlah ye anak2 tunggu mama shopping :)






to be continued....

Friday, 24 May 2013

Seafood goreng tepung in da house

On the way balik dari Kuala Besut, kami singgah kat Pantai Irama Bachok. Pantai Irama ni memang terkenal sebagai tempat bersantai untuk family di Kelantan ni. Tapi kami pergi bukan untuk bersantai tapi nak makan seafood goreng tepung. memang bestttt giler. lagi best sebab hidayat yang belanja..hihihi.. benda free mesti lah lagi sedap kan? Terima kasih hidayat heeee :)
Seafood goreng tepung ni kami makan di gerai area Pantai Irama ni. Ok lah rasanya.. sotong dan udang memang fresh belaka. Cuma sos cili agak manis, tapi sebab dah dok kat Kb nak masuk 4 tahuh, dah biasa sangat dengan makanan yang manis. Harga pulak tak sure sebab orang belanja kan :) kalau tersesat area2 Pantai Irama ni boleh lah singgah makan seafood goreng tepung ni.

seafood goreng tepung

marvelous






Thursday, 23 May 2013

Perhentian 2013 Part 5





Perghh...Punya lah seksa nak habiskan entry pasal Perhentian ni. Masa sungguh mencemburui hihihi

let's talk about Perhentian

Lepas dah breakfast, kami pegi ke Long Beach. Long beach ni terletak di balik bukit belakang Shari la ni. Kami jalan kaki ikut track yang dah disediakan... agak berpeluh lah jugak sebab kena mendaki.Actually saja je kami nak tengok Long Beach ni, alang-alang dah sampai kan. Long Beach ni pantai dia lagi panjang dari pantai si Shari La. Tapi di Long beach ni ombak kuat dan agak dalam airnya. tapi pantai takde batu dan pasir halus, memang sesuai untuk mandi manda. Tapi jangan harap nak jumpa ikan kat long beach ni, memang takde.
Lepas jalan-jalan kejap kat Long Beach kami balik semula ke Shari La. Mandi di romantic beach lagi best walaupun batu banyak tapi ikan banyak dan cantik-cantik pulak tu. Sewa snorkeling gear kat tepi pantai tu, goggle rm 5, fin rm 5. This time pakai fin pulak. Semalam tak pakai fin so macam penat sket nak mengayuh. bila dah pakai fin best giler... laju je mengayuh. Kat romantic beach ni banyak ikan, best buat shorkeling. tak payah pegang roti pun ikan dah berkerumun. Kalau pegang roti lagi lah.. abis goggle kena langgar dengan ikan. Time ni lah me jumpa ikan besar.. yang lain semua ikan kecik, tapi dia sorang ni je yang besar. Ikan tua agaknya... jinak gila ikan ni, tapi gigi dia ronggak.. ahahahah.. biasalah dah nama dentist, tak cukup gigi orang nak tengok, gigi ikan pun kena usha.. ahahaa. Time ni jugak jumpa baby shark kat sini. terubat sikit kekecewaan tak dapat pegi shark point semalam sebab arus kuat. Kami berendam memang tak ingat dunia. rasa macam tak nak balik.
Awesome view at Perhentian Island
mak mak orang yang berendam tak ingat dunia
Katanya check out pukul 11.30 pagi tapi kami pukul 11 pagi masih berendam. Pukul 12 tengahari balik bilik, mandi dan bersiap-siap untuk check out. Lpeas check out call boatman untuk balik ke Kuala Besut. Kitaorg request nak makan dulu kat pulau. So we all lunch kat Sha rila restaurant. Me order kuew tiaw goreng seafood, sedappp. harga rm 10 sepinggan, lagi murah dari kuew tiaw goreng seafood kat Mama's restaurant semalam. Anne order kuew tiaw sup... yang ni pon sedap gilerrr.. cuma nasi goreng dia je yang so-so.. yang lain memang sedap. memang recommended lah. kalo tau food ala carte kat Sha rila ni sedap, semalam makan kat sini lagi bagus.

kuew tiaw goreng seafood marvelous


 Lepas makan, sementara tunggu boat datang, kitaorang posing-posing dekat jetty. Sedih pulak nak tinggalkan Perhentian. Macam tak puas rasa. definitely will come again...





i miss the crystal clear water


GOODBYE PERHENTIAN, TILL WE MEET AGAIN....

Tuesday, 21 May 2013

Pulau Perhentian 2013 Part 4



the next day, bangun awal lepas subuh gigih nak pegi tengok sunrise. tapikan the night before hujan, so sunrise pun tak berapa nak sunrise gitu. jalan-jaln tepi pantai sambil posing2 sementara nak tunggu breakfast.

sunrise yang tak berapa nak sunrise

senja bay resort 


oh ye, me book resort ni without breakfast, tapi kalau nak tambah breakfast kena tambah RM 10. So we all decide nak amik breakfast kat resort je, sebab kalau makan kat kedai pun harga mahal gak. Harga pulau katakan.
Breakfast spread ok gap, not bad.. ada mihun goreng, nasi minyak, sausage, dan banyak lagi. dari segi taste not bad jugak, berbaloi gak lah bayar RM 10 sebab kalau makan luar dengan air confirm lebih RM 10 punya.

my breakfast

to be continued...