Showing posts with label ho chi minh. Show all posts
Showing posts with label ho chi minh. Show all posts

Thursday, 30 January 2014

Ason oh Ason

Disebabkan ramai yang whatsapp n email i bertanyakan no phone Ason ni, my tour guide kat Ho Chi Minh aritu… nahhh me letak name card ason kt sini. Kelasss ko ason, ada name card gitu.. mak pon takde namecard tau hihihihihi.. glemer le ko ason

name card ason
ason ni dulu penah keje kt Muar so bole cakap melayu walaupun pelat. tp dia tak tau baca melayu ye so jgn le email kt dia bahasa melayu. me dulu email bahasa melayu kat dia, ntah apa2 dia reply. uolls bole email kt dia in english sbb dia bole mtk tolong kwn dia translatekan. kalo nk call pon bole.
so far dia mmg ok, tak berkira dan senang negotiate. mcm me dulu sebab pegi ramai so dpt murah sbb dia sewa transport 11 seater. tp ada my friend amik ngan dia pegi berdua je, so sbb nk sewa kereta mahal, dorang amik cab tp kena bayar sendiri lh. ason jadi tukang tunjuk jalan n translator. kira bayar upah dia je tunjuk tpt, tak salah i dlm usd 20 ke sehair, kalo x silap lah. so kalau uolls pegi dlm 5 org bole je amik cab pastu upah ason ni tunjuk jalan. so far kawan2 me yg pegi ngan dia takde complaint apa. me tak amik untung apa2 tau, just nak share je apa yg bole di share. segala urusan sila direct kat ason sendiri.



Thursday, 11 April 2013

Ho Chi Minh City

Day 4.. nak balik dah


Flight kami pukul 4.20 pm so pagi tu buat last minute shopping nak habiskan duit dong. so masa round-round kat ben thant terjumpa kedai border lace yang cantik dan murah. semeter usd 2. duit dah makin susut so tak boleh beli banyak. me just beli 6 meter border lace. then terjumpa plak smocking dress untuk my girl. lepas tawar dapat dalam 130k dong. me beli 2 je sebab duit dah habis hihihi.
Lepas check out kami tunggu di lobby sebab tailor Lan janji nak hantar baju yg me tempah. me tempah 2 peplum, 3 blouse dan 1 skirt. memang cantik tailor ni jahit. me dah hantar tempah masa hari first sampai then hari last baru dpt baju.
lunch kat Restoran Kampung Melayu, makan mee goreng mamak yang mahal. sepinggan rm 16 huhuhu.. nasib baik sedap. halal food di vietnam memang mahal.
kami amik cab di depan hotel untuk ke airport. tambang teksi 160k dong. sampai airport drop luggage dan alhamdulillah takde lah kena tahan dengan kastam sana.
so far alhamdulillah trip ke ho chi minh ni berjalan seperti yg dirancang. memang best shopping kain di vietnam tapi makanan halal memang mahal. looking forward for next trip :)

goodbye saigon, till we meet again



Wednesday, 10 April 2013

Ho Chi Minh

Day 3

Hari ni we all amik city tour dengan ason. usd 8 per person dan kids dia tak kira. mull-mula dia buka harga usd 10, then me mintak kurang dapat usd 8. so tour start pukul 8.30 pagi terus pegi rumah orang buat baju dan telekung. kat sini murah sikit nak banding dengan ben thant. dan ason tak amik komisen tapi dia suruh owner tu kurangkan harga barang tolak komisen dia. so tiap satu barang owner akan tolak rm4-6 depending pada harga barang.so harga akan jadi lebih murah.
pilih kak pilih :)

then ason bawa kami ke cho bin thay di Chinatown. pasar ni lebih kurang ben thant tapi sini tak ramai Malaysian. Harga kain kat sini pun lagi murah dari pasar ben thant. contohnya di ben thant kain cotton paling murah boleh dapat rm 24 sepasang, di pasar bin thay cotton boleh dapat rm 18 sepasang. cuma seller kat sini kurang fasih berbahasa melayu nak banding seller kat ben thant. 
Lepas bershopping kain, kami minta ason hantar ke restoran halal yang dekat dengan masjid. So ason hantar kami ke saigon halal yang berhadapan dengan central mosque. me makan mee goreng mamak, memang sedap gila. kalah mee goreng mamak di malaysia. lepas makan kami sembahyang di central mosque. di sini kami dilayan baik sangat. nak sembahyang ada orang siap bentangkan sejadah. lepas sembahyang telekung akan digantung oleh penjaga masjid dan sejadah pun mereka lipatkan. telekung kat masjid tu bersih dan wangi tak macam telekung kat masjid di Malaysia.memang kagum dengan cara mereka menjaga kebersihan kelengkapan solat. even nak cross jalan di depan masjid pun ada penjaga masjid yang tolong bagi laluan untuk melintas.
Selepas sembahyang kami dibawa ke tourist attraction seperti Notre dame, Palace dan Post office. Di palace kami tak masuk pon, tengok dari luar je. Di notre dame dan post office kami cuma turun sekejap untuk bergambar. 
infront of central post office
notre dame as background
inside the central post office

Kemudian ason bawa kami ke tempat jual bag imitation. eventhough beg immitation, tapi memang high quality. price memang lebih murah dari saigon square dan ben thant
kami sampai ke hotel lebih kurang pukul 4.30 pm. naik bilik dan packing barang. kemudian kami keluar jalan-jalan ke saigon square. tak beli barang cuma tengok-tengok saje. dari saigon square kami berjalan hingga lah ke area sheraton hotel. night view di sini memang cantik. banyak bangunan yang cantik-cantik. lebih kurang pukul 8.00 pm kami balik semula ke hotel kerasa hubby berjanji nak jumpa ex-schoolmate dia yang bekerja di vietnam. kawan hubby bawa kami ke De Nyonya, salah satu restoran halal yang terletak berdekatan dengan central mosque. me makan rojak petis dan cendol. not bad. balik hotel dah pukul 11 malam dan packing barang lagi nak make sure luggage tak overweight

to be continued...






Tuesday, 9 April 2013

Ho Chi Minh City

Day 2

Hari ni we all ke Delta Mekong. Remember, Sungai Mekong yang belajar time geografi masa sekolah dulu? so here we are. We all amik tourist guide Ason, kenal ni pun dari forumner CARI. Thanks to forumner CARI. U guys rocks! Ason ni pernah kerja di Muar 6 tahun so dia tau cakap melayu dan juga faham keperluan muslim macam makanan halal dan tempat sembahyang. Me dah survey tour ke Mekong and kalau private tour Ason ni paling murah. Mula-mula dia bukak harga 20 usd per person. Kids are free. Me mintak kurang dapat 18usd per person. The tour include private tour, entry fee to Mekong and halal lunch. Ada juga travel agent yg lain lagi murah contohnya Tuan Travel tapi masalahnya tu bukan private tour dan agak was-was kehalalan makanannya. Memandangkan kami semua mahu ke Mekong dalam group kami je, so kami ambil dengan Ason.
Perjalanan ke Mekong mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. So lebih kurang pukul 10 pagi we all sampai di jeti sungai Mekong. Masing-masing kemaruk beli topi vietnam which cost us usd 1. Damn cheap.

Us ready to row the boat
me and my other half
row the boat, awesome

Lepas naik boat besar untuk cross the river, then tukar plak naik sampan kecil yang bole muat 4 orang. agak gayat jugak lah naik sampan ni. first time in my life. lepas naik sampan lebih kurang 15 minit sampai ke tempat menternak lebah. kat sini kami di beri minum air madu dan limau nipis. sedap. then kami berjalan ke perkampungan vietnam. kat sini kami dijamu dengan buah tropika dan juga persembahan nyanyian. kat area sini banyak stall yang jual souvenir seperti beg sulam. Sini lagi murah dari pasar malam kat ben thant. tshirt pun lebih murah di sini.
antara buah yang dihidangkan
amoi vietnam menyanyi
Lepas dari tu kami naik boat semula untuk pegi lunch. Lunch di restoran halal. not bad. nasi goreng, ayam goreng, telur goreng, sup ayam, taugeh goreng dan buah tembikai. kat restoran ni ada surau so boleh sembahyang kat situ.
halal food in mekong
Lepas makan dan solat, kami pergi ke lain kampung untuk melihat pembuatan coconut candy. kat sini pun ada taman buaya. banyak juga buayanya.. habis tour mekong lebih kurang pukul 3.30 pm dan kami sampai ke hotel lebih kurang pukul 5. kami letak barang dalam bilik then terus keluar semula untuk ke Saigon Square. Kat saigon square ni jual lebih kurang benda yang sama dengan ben thant tapi kat sini bukak sampai 9 malam. Dari hotel kami berjalan kaki je tak sampai 10 minit dah sampai. Bercakap mengenai berjalan kaki, benda yang paling scary adalah nak cross jalan. sebab banyak sangt motor. the tip is, u cross the road slowly and don't stop in the middle. kalo tak sure ikut the local cross the road. Kat saigon square ni me beli beg sandang northface, immitation rm 30. tapi kualiti memang bagus and i don't mind. Balik dari Saigon Square me and hubby jalan-jalan area pasar malam dan terjumpa satu kedai beg di belakang pasar malam. Beli lagi beg northface 40L dengan harga RM 70. Seller tu kata original but i doubt. But the quality is superior than previous beg yg i beli di saigon square. 

to be continued...













Monday, 8 April 2013

Ho Chi Minh City

Day 1

My first trip to Ho Chi Minh City or previously known as Saigon. We booked the ticket a year earlier which only cost us RM 174.. cheap huh? Of course fly with Air Asia everybody can fly :)

Ahli rombongan cik kiah terdiri dari my bff and their families. there were 11 adults with 3 kids. Adam dan Alisha terpaksa tinggal dengan nenek sebab sekolah. so mama dan papa honeymoon.. yeay!

Trip ni free and easy. Banyak dapat ilmu dari kawan-kawan forumner CARI yang ohsem. Thanks to them for sharing the knowledge and experience. Sharing is caring :)

Sampai Ho Chi Minh lebih kurang pukul 12.50 pm local time. Abg immigration vietnam ni mmg ganas dan garang... hihihi. Keluar dari arrival hall dah nampak mamat vietnam pegang my name. I amik transport from hotel usd 40 per way. ok lah kitaorg kongsi ramai-ramai.

Hotel yg menjadi pilihan ialah Thanh Thu hotel. Mulanya nak dok kat Saigon Pink 2 hotel yg amat glamour among malaysian. Tapi sebab banyak bad review kat forum tentang miscommunication, takde bilik lah, we all tak jadi book situ. dah lah mak bawak rombongan cik kiah, kalau takde bilik kan ke haru nanti. So we all decide dok kat Thanh Thu hotel which is just beside the saigon pink. Harga pun murah sikit dari SP2.

The check in went smoothly. Hotel kat sini biasanya akan simpan passport sampai check out. takut customer lari. tapi kalau i aritu bayar habis so dia tak pegang passport. lagi satu faktor i bayar siap-siap hotel tu takut duit TERpakai buat shopping. i don't trust myself when its come to shopping :)
the lobby
the standard room, 25 usd per night
the toilet
Lepas check in we all pegi makan kat kedai halal Basiroh. Opposite the hotel ada 3 kedai makan halal which are Basiroh, Kampung Melayu dan Kedai Makan 1 Malaysia. kat vietnam pun ada 1 malaysia gitu... We all makan local cuisine iaitu Pho (pronounce as fur). Pho ni actually kuew tiaw sup daging. dimakan dgn ulam-ulaman dan sambal. Sedap jugak. Lepas makan pekena kopi ais vietnam. Me memang tak minum kopi except coffee bean(berlagak giler.. hihihi) tapi bila minum kopi ais vietnam ni memang best giler. Sampai addicted.
halal food opposite the hotel
Pho vietnam.. marvellous
Cho Ben Thant.. shopping heaven

Lepas makan we all merempit di pasar ben thant yang beberapa langkah je dari hotel. Kat pasar ni ada jual macam-macam jenis kain macam cotton, lycra, linen dan of course harga a wayyyyyy cheaper than malaysia. majoriti kain cotton kat sini ranged from rm 24-30. 3 jenis matawang boleh digunakan kat pasar ni- vietnam dong, usd dan RM. so bila tanya harga, sila tanya harga untuk ketiga-tiga matawang tadi. Sebab ada yg seller quote RM murah, ada yang usd murah dan ada yang dong murah. So sebagai smart buyer yang memang nak untung lebih macam me ni, me tanya harga dlm dong, rm dan usd. 

Another tips, kalau pergi ke Ho Chi Minh ni tak payah bawa currency dong dari Malaysia. Bawak USD dan RM. Sebabnya, RM tukar ke dong lagi untung di vietnam. Macam me hari tu, tukar RM 100 di Malaysia dapat 60k dong. Di Ho Chi Minh, RM 100 dapat 68k dong. Kan lagi untung kan?
Dekat-dekat dengan hotel, ada kedai emas yang boleh tukar duit jugak. So biasanya, me akan tukar sikit-sikit dulu. Kalau tak cukup dong baru tukar. Sebabnya rugi kalau dong tak habis nanti.
Kedai Emas cum Money changer
Malam pulak we all jalan-jalan dekat pasar malam. Pasar malam ni kat luar ben thant je. So dekat from hotel. Kat sini memang seller tekan harga lagi-lagi pada tourist. so kena tawar separuh dari harga atau kurang.


to be continued...