Monday, 8 April 2013

Ho Chi Minh City

Day 1

My first trip to Ho Chi Minh City or previously known as Saigon. We booked the ticket a year earlier which only cost us RM 174.. cheap huh? Of course fly with Air Asia everybody can fly :)

Ahli rombongan cik kiah terdiri dari my bff and their families. there were 11 adults with 3 kids. Adam dan Alisha terpaksa tinggal dengan nenek sebab sekolah. so mama dan papa honeymoon.. yeay!

Trip ni free and easy. Banyak dapat ilmu dari kawan-kawan forumner CARI yang ohsem. Thanks to them for sharing the knowledge and experience. Sharing is caring :)

Sampai Ho Chi Minh lebih kurang pukul 12.50 pm local time. Abg immigration vietnam ni mmg ganas dan garang... hihihi. Keluar dari arrival hall dah nampak mamat vietnam pegang my name. I amik transport from hotel usd 40 per way. ok lah kitaorg kongsi ramai-ramai.

Hotel yg menjadi pilihan ialah Thanh Thu hotel. Mulanya nak dok kat Saigon Pink 2 hotel yg amat glamour among malaysian. Tapi sebab banyak bad review kat forum tentang miscommunication, takde bilik lah, we all tak jadi book situ. dah lah mak bawak rombongan cik kiah, kalau takde bilik kan ke haru nanti. So we all decide dok kat Thanh Thu hotel which is just beside the saigon pink. Harga pun murah sikit dari SP2.

The check in went smoothly. Hotel kat sini biasanya akan simpan passport sampai check out. takut customer lari. tapi kalau i aritu bayar habis so dia tak pegang passport. lagi satu faktor i bayar siap-siap hotel tu takut duit TERpakai buat shopping. i don't trust myself when its come to shopping :)
the lobby
the standard room, 25 usd per night
the toilet
Lepas check in we all pegi makan kat kedai halal Basiroh. Opposite the hotel ada 3 kedai makan halal which are Basiroh, Kampung Melayu dan Kedai Makan 1 Malaysia. kat vietnam pun ada 1 malaysia gitu... We all makan local cuisine iaitu Pho (pronounce as fur). Pho ni actually kuew tiaw sup daging. dimakan dgn ulam-ulaman dan sambal. Sedap jugak. Lepas makan pekena kopi ais vietnam. Me memang tak minum kopi except coffee bean(berlagak giler.. hihihi) tapi bila minum kopi ais vietnam ni memang best giler. Sampai addicted.
halal food opposite the hotel
Pho vietnam.. marvellous
Cho Ben Thant.. shopping heaven

Lepas makan we all merempit di pasar ben thant yang beberapa langkah je dari hotel. Kat pasar ni ada jual macam-macam jenis kain macam cotton, lycra, linen dan of course harga a wayyyyyy cheaper than malaysia. majoriti kain cotton kat sini ranged from rm 24-30. 3 jenis matawang boleh digunakan kat pasar ni- vietnam dong, usd dan RM. so bila tanya harga, sila tanya harga untuk ketiga-tiga matawang tadi. Sebab ada yg seller quote RM murah, ada yang usd murah dan ada yang dong murah. So sebagai smart buyer yang memang nak untung lebih macam me ni, me tanya harga dlm dong, rm dan usd. 

Another tips, kalau pergi ke Ho Chi Minh ni tak payah bawa currency dong dari Malaysia. Bawak USD dan RM. Sebabnya, RM tukar ke dong lagi untung di vietnam. Macam me hari tu, tukar RM 100 di Malaysia dapat 60k dong. Di Ho Chi Minh, RM 100 dapat 68k dong. Kan lagi untung kan?
Dekat-dekat dengan hotel, ada kedai emas yang boleh tukar duit jugak. So biasanya, me akan tukar sikit-sikit dulu. Kalau tak cukup dong baru tukar. Sebabnya rugi kalau dong tak habis nanti.
Kedai Emas cum Money changer
Malam pulak we all jalan-jalan dekat pasar malam. Pasar malam ni kat luar ben thant je. So dekat from hotel. Kat sini memang seller tekan harga lagi-lagi pada tourist. so kena tawar separuh dari harga atau kurang.


to be continued...





Wednesday, 20 February 2013

Langkawi 2013 Part 6- Time to say goodbye

Day 4

Sebab hari ni nak balik kan, so haruslah bangun awal. Lagipun mak-mak kena siapkan diri dulu sebelum siapkan anak-anak. pak-pak kasi chan lah tidur lebih sikit sebab dorang nak drive kan :)

Lepas dah siap-siap, pukul 7.30 pagi bertolak pegi jeti. Nasib baik amik 2 kereta, kalau tak memang tak muat lah beg yang telah beranak pinak tu. Sampai jetty dalam pukul 8 pagi, pulang kereta pastu lepak kat kedai mamak Hameed kat jeti. Ni me nak complain pasal kedai mamak ni.. ada ke patut hanya jual roti telur je? roti kosong depa tak nak buat. macam confuse kan, bukan roti biasa tu bahan-bahan sama je ke dengan roti telur, cuma roti telur kena tambah telur. We all speku sebab mamak ni nak untung, ye lah roti kosong depa jual RM 1 sekeping tapi kalau roti telur depa jual RM2 sekeping.. haaa.. dan dah untung lebih tu? tak baik tau encik Mamak amik untung lebih2, kalau lah customer yang allergic dgn telur takkan hang nak paksa orang tu makan roti telur gak? tak patut... tak patut. mentang-mentang lah hang sekoq je yang juai roti canai kat situ, amik kesempatan pulak ye. Mak report nanti baru tau huhu

Dalam feri kami anak beranak bantai tido, sedar-sedar je dah sampai Kuala Perlis dalam pukul 11.00 pagi. angkat barang masuk dalam kereta pastu terus jalan. Sebab my other half and my SIL keje the next morning so haruslah kena balik cep at-cepat; Tapi jalan jem, we all stuck kat Perak lama jugak, sudahnya sampai kat JB pukul 3.30 pagi. Kesian kat my other half, dah lah penat driving, pastu esok keje plak tu... apo nak buek...

So lepas trip langkawi ni ada 2 trip menanti, Ho Chi Minh dan Bandung. Haruslah penuhkan balik tabung ayam yg dah bocor disebabkan trip langkawi ni :)

dats all my post about Langkawi trip...

daaaaaaa...

Tuesday, 19 February 2013

Langkawi 2013 Part 5



Day 3

Today's mission is cable car ride to top of Gunung Mat Chinchang. Kalau pegi langkawi tak naik cable car ni macam tak lengkap sebab view from the top is awesome, i swear! Even i have height fright, i won't miss it.. ni kali kedua naik cable car langkawi ni. First time naik berdua dengan my other half way back in 2007. masa tu Adam baru 8 bulan, so we went for honeymoon at Langkawi. Masa first time naik cable car dulu memang aku tutup mata along the ride. mak ni kan gayat.. so this time azam aku tak nak tutup mata and i will enjoy the scenery along the ride.. kita tgk berjaya ke tak azam aku ni hihihi..

We all sampai kat Oriental Village pukul 11.00 am. Tengok org beratur nak beli tiket, ya ampun ramai gila. Nasib baik semalam dah beli tiket kat Zarina Lets Go n Travel so me dengan bangganya terus ke kaunter 1 yang kosong giler(muka riak seyhhh). Dah redeem ticket, dapat boarding pass pukul 3.20 pm. Haaaa.. ingat flight je ada boarding pass?cable car pon ada tau.

while waiting for cable car ride

Sementara tunggu boarding time, we all jalan-jalan kat oriental village tu. Macam-macam activiti boleh buat kat sini, ada restaurant, ada kedai souvenir, bole naik boat dan naik kuda. My nephew pulak sibuk nak naik kereta kuda, RM 5 per person untuk ride yg tak sampai 5 minit pun. Mahal nak mam***.. tapi sebab my nephew dah merenggek2 so terpaksa ler mak nya ikutkan je. 3 orang naik kereta kuda tu kena bayar rm 15, my niece yang umur 2 tahun pun dikira sekali. Cekik darah betul! Mula-mula me nak naik bot keliling tasik yang tak berapa nak besar tu, tapi sebab panas giler malas pulak nak mengayuh boat time panas-panas tu.

Tepat pukul 3.20 pm, we all beratur kat boarding gate. Sebab me bawa budak so me dapat priority terus naik kat atas, my in law pun dapat priority gak. So my other half yg beratur dgn my bro in law. me bersenang lenang kat atas dapat duduk.. best giler.. hihihi. My other half beratur ada lag dalam 45 minute baru bole naik cable car. Adam orang yang paling excited sebab dulu dia nak naik cable car kat Sentosa Island Spore tak dapat, mama nya kan gayat. Alisha pulak sedap tidur masa nak naik atas tu. So masa second time naik cable car ni i managed to overcome my height fright, yeay!
Langsung tak tutup mata   along the ride, syabas beti :)

Adam with my in laws
muka orang yg tak berapa nak gayat lagi
awesome view along the ride
we're 700m above sea level, yeay!
view from the top of Gunung Matchincang

Turun dari cable car dah pukul 4.30 pm, sempat me beli fridge magnet cable car. RM 10 seketul, mahal giler, Tapi sebab me memang minat kumpul FM, pejamkan mata jek. Kat Madame Tussauds Sydney me beli FM seketul AUD 5, so kalau FM seketul RM 10 kira murah lah kan? heeee

So lepas settle naik cable car, we all berpecah. Golongan bapa2 yang berdedikasi balik hotel nak bawa anak-anak mandi pool, golongan ibu-ibu yang lagi berdedikasi nak sambung shopping kat Kuah. Keji tak? hihihi. Sekali sekala takpe lah kan, selama ni ibu-ibu yang dok jaga anak-anak so kali ni kita biarkan suamai-suami mithali jaga anak sementara ibu-ibu shopping :)

So anak-anak dan suami-suami balik naik unser balik hotel, ibu-ibu pula naik wira pegi shopping. me likey! Sebelum shopping, we all singgah jetty dulu nak beli tiket feri untuk esok. Kalau kat langkawi ni, tiket feri boleh beli one day before departure tapi kalau kat Kuala Perlis tak boleh. 

Lepas beli tiket we all terjah Hj Ismail Group dan Idaman Suri for last minute shopping. Selagi duit tak habis selagi tu tak puas kan? hihihi

Abis shopping dalam pukul 9 mlm we all plan nak tapau je makanan bawa balik hotel. Sebab suami-suami dah kepenatan dan malas nak keluar makan. So me singgah Gerai Kak Bedah nak tapau makanan. Kak Bedah again? Sebab we all malas nak mencari kedai lain yang tak tentu sedap kan, so we all decide beli je lah kat kak Bedah tu. Sementara tunggu Kak Bedah buat order kitarog, we all layan Cendol Pulut yang marvellous tu :)

Balik hotel, bagi anak-anak makan terus packing beg sebab esok feri pukul 9.30 pagi. So haruslah sesudah subuh keluar dari hotel sebab jarak hotel yang agak jauh dari jeti. Beli barang tak fikir kan macam mana nak bawak balik, ni lah akibatnya. pening kepala nak packing. Nasib baik me dah biasa travel so berjaya lah jugak packing with less bags. 

lepas packing tido awal sebab semua kepenatan. esok kena bangun awal... daaaaaa..












Monday, 18 February 2013

Langkawi 2013 Part 4




Day 2

Lepas makan cendol dan laksa kat kedai kak bedah tu we all balik hotel sebab dah janji dengan the kids nak pegi pool. so layman dorang mandi laut and pool.
kids are having fun
adam with ain
alisha with afif

the sunset, awesome

malam tu plan nak pegi dataran Lang dan cari makan kat area situ. Nak jadikan cerita kasut my niece tertinggal kat kedai kak bedah tu so singgah kejap kedai dia nak amik kasut. rupanya kedai tu malam-malam ada jual masakan panas. so sebab PIL dah lapar, we all decide makan kat situ je. We all order tomyam campur, sotong goreng tepung, ayam goreng kunyit, nasi goreng kampung,nasi goreng cina,moui sup, nasi goreng ikan masin dan char kuew tiaw. Dinner malam tu utk 12 org RM 70. me rasa kira ok lah, tak mahal sangat. Tom yam dia mmg sedap, kaw giler, banyak plak tu udang dan sotong. udang besar2 plak tu. makanan goreng2 dia pon sedap. portion besar plak tu. sepinggan boleh makan 2 orang.
Lepas dinner we all pegi dataran Lang.. lepak2 dah amik gambar.

















Sunday, 17 February 2013

Langkawi 2013 Part 3

Day 2

Pagi-pagi me dah bangun. Had a brisk walk along the beach and it's awesome. Siap-siap untuk berjalan, breakfast kat bilik. sebab me book under RPP, so kalau nak breakfast kat hotel bayar rm 8 untuk ala carte. tapi sebab we all dah beli roti so makan breakfast kat bilik je. 
First destination is Haji Ismail Group. Time we all sampai tu baru bukak dan tak ramai orang lagi. Kedai ni kecik je, susunan barang pon macam tak teratur. Dengar-dengarnya bangunan Hj Ismail Group tgh dalam pembinaan, besar jugak macam shopping complex. Mesti best giler kalau dah siap. me survey corelle kat sini. sebab memang plan nak beli corelle. Tapi yang tak best square dinnerware dah takde stock. frust betul. tapi me tak beli dulu. nak survey tempat lain dulu


me beli chocolate kat sini. Borong whittakers gold almond bar banyak giler. 1 pack yang ada 3 ketul almond bar rm 7.90, kalau beli 3 packs rm 22. so me borong sampai 15 packs. tapi bukan me punya semua sebab ada orang kirim gak. beli Ritter Sport rm 3.90 satu. me borong sampai 5. macamana lah nak diet kalau macam ni huhuhu. Cari sudu kat sini, bole dah habis stock tinggal garfu jek :(

Lepas tu we all pegi Idaman Suri. Survey harga corelle kat sini mahal dari Hj Ismail Group. Me beli sudu kat sini. sedozen RM 5.90. My MIL beli pressure cooker 5 liter RM 89. me tak beli apa sangat kat Idaman Suri ni. tapi my SIL beli macam-macam...
After dah penat beli barang baru terasa lapar. so we all decide nak makan kat kedai makan sebelah Idaman Suri je. Malas nak pegi jauh-jauh. Makanan boleh tahan dan takde lah mahal sangat.

Lepas lunch we all patah balik pergi Hj Ismail Group. Time ni dah ramai orang. Sbb kat  Ismail Group corelle square dah abis stock so me wiki-riki kat Langkawi Saga yang berhadapan dengan Ismail Group. Me tengok harga corelle sama je dengan Ismail Group and me decide nak beli kat sini. Lagipun kedai ni lengang sikit compared to Ismail Group so boleh pilih dengan tenang. Me beli corelle iris shadow square dinnerware 12 pieces RM 299 dan corningware iris shadow 3 beradik RM 300+ ( dah tak ingat harga sebenar)

Lepas puas shopping(walaupun tak berapa nak puas :P) we all pergi makam mahsuri. Sebenarnya bukan nak pegi sgt pon makam mahsuri sebab dulu dah pernah pegi, tapi sebab nak cari Cendol Pulut yang sedap kat simpang nak masuk ke makam mahsuri tu. Pernah pegi makan cendol kat situ masa 6 tahun lepas. Rupa-rupanya kedai cendol tu dah tutup, agak kecewa lah jugak. Tanya kat orang sekitar tu rupanya kedai cendol tu dah pindah. Gigih me n my other half cari akhirnya jumpa jugak dengan Cendol Kak Bedah. Makan cendol pulut dan laksa. Perghhhh memang best lah. Laksa kak bedah mmg sedap kalah laksa power kat tepi airport tu. Sampai sekarang teringat-ingat lagi kesedapan laksa kak bedah. 





Direction to kedai kak bedah:
dari kuah akan jumpa Hospital Langkawi on the left side. Jalan terus then lepas 2 traffic light akan jumpa signboard ke makam mahsuri kat 2nd traffic light tu. Jgn belok kat situ tapi jalan terus sampai jumpa u-turn dalam 500 m dihadapan. u-turn dan slow down sikit sambil perhatikan signage cendol pulut kak bedah on the left side. 



to be continued...









Saturday, 16 February 2013

Langkawi 2013 Part 2



We arrived at langkawi after 1 hour + ferry ride. Sampai je kat jetty terus cari booth Lets Go and Travel untuk sewa kereta. Me dah book toyota unser dan iswara dengan Zarina sebelum datang langkawi. Alhamdulillah, dapat kereta yang dah dijanjikan dan condition pon ok.  if any of you plan to go to langkawi and looking for car, can contact Zarina 0194658363.She's reliable. wah dah macam promoter plak ye ;)
dah dapat kereta so we all jalan-jalan cari makan. ronda-ronda kat pasar malam di pekan Kuah dan beli makanan. sebab dah kepenatan we all tapau je makanan and nak makan kat bilik. bayangkan our journey dah almost 18 hours so semua dah lembik.
me dah book rumah peranginan persekutuan langkawi atau lebih dikenali sebagai federal villa. RPP langkawi ni terletak di Pantai Tengah dan di uruskan oleh Holiday Villa Langkawi so segala urusan check in adalah di Holiday Villa.
Masa check in tu staff Holiday Villa offer free upgrade to seaview suite. sebelum ni me book suite federal villa yang ada 2 bilk. so me request nak tgk kedua2 bilik dan after discuss with my other half, we all setuju nak amik seaview suite di Holiday Villa. Apa beza federal villa dan holiday villa? federal villa 3 star, jauh sikit dari laut dan pool. Holiday Villa 5 star dan mengadap laut, sebelah pool. So of course lah me choose Holiday Villa suite kan? Borak-borak dengan staff yang bawa kami tgk bilik tu saja tanya2 harga holiday villa suite tu, rm 1200++ semalam... haaaa amik ko! Nasib baik free upgrade, merasa lah dok kat suite yang harga ribu raban semalam tu :)

master bedroom
master bedroom ada satu katil king dan satu sofa bed. sofa bed tu bole transform jadi katil so boleh tido kat situ. dalam master bedroom ada satu flat screen TV dan juga toilet.

living room
Living room ada 2 single beds, satu sofa bed, mini counter, dining table dan toilet. buka je sliding door kat living room tu terus nampak laut. me likey!

toilet dlm master bedroom



awesome view from the room

the pool











Friday, 15 February 2013

Langkawi 2013 Part 1



The most tiring journey.......
Me pegi langkawi masa cuti CNY aritu dgn family in laws..
Ya ampunnnn jem sana sini, bertolak dari JB pukul 10 mlm sampai jetty Kuala Perlis pukul 12 tghari sebab jalan sesak northbound. waddahel????
kesian kat my other half  yg jadi driver, me of course lah co-pilot yg tak boleh diharap.. tido manjang :P
me offer nak take over driving tak bagi, so wat can i do is tido je lah

sampai jetty Kuala Perlis orang ramai gilerrr.. me beratur nak beli tiket dan my other half cari parking and settle hal anak2. beratur nak dapatkan tiker je dah saju jam, dah lah panas giler. nasib baik my BIL take turn beratur plak sbb tak laratttt weeehhh berdiri lama-lama.

dapat tiket ferry pukul 3.20 pm, then lepak-lepak jap kat masjid area jetty tu, basahkan badan; ye lah belum mandi pagi lagi kan, solat and makan2.
sekali ferry pon delay lak. pukul 4.30 pm baru jalan... aiyooo sentap mak tau!
ada mcm indon nak balik negeri
pon ada gak ;)
Abg busuk tak mandi :P









to be continued..