Tuesday, 20 June 2023

 28/5/2023


Setelah dua hari I berkusus di Modena, tibalah masa kami balik semula ke Milan. To be honest, I suka dengan Modena, tak seribut di Milan dan Venice. Vibes. Modena sangat tenang dan bandar Modena bersih

Milano





Kami check out dari hotel di Modena. dan amik train utk ke Milan. Tiket kami dah beli awal sekali bila tiba di station rupanya train cancel. Gelabah jugalah masa tu nasib baik ada juga train ke Milan tapi longer journey sebab dia berhenti di all station. Di Itali ni, train strike adalah biasa dan train boleh kena cancel tiba2 so kena alert.

Sampai Milan, kami letak luggage kat Airbnb then kami ke shopping street di Duomo. Kami lunch di kedai halal nearby Primark area Duomo. Finally setelah 5 hari di Italy dapat rasa halal Italian spaghetti.
Halal Italian Spaghetti 


Shopping serba sedikit, beli tshirt di Hard Rock Cafe Milan then kami balik Airbnb. Airbnb yang kami duduk ni besar dan lebih bersih dark yang sebelum ni tapi kedudukannya agak jauh central. Nak kata jauh tak juga lah .. dalam 15 minit berjalan kaki. Airbnb kami kali ni lebih berdekatan dengan Corso Beunos Aires, iaitu salah satu shopping street di Milan. Shopping street Corso Beunos Aires lebih banyak butik-butik antarabangsa dan kurang crowded dibandingkan dengan shopping street di Duomo.




Monday, 19 June 2023

 26/5/2023

Modena City- Home of Ferrari

Start berkursus hari ni so pagi-pagi lagi kami dah turun breakfast dan ambil cab untuk ke tempat kursus.Encik Suami tinggal di hotel dan bertugas menyelesaikan urusan laundry di laundry mart yang berdekatan. Thank you Encik Suami, Saranghae :)


Di hadapan hotel yang kami duduk 


Selesai kursus kami balik hotel dulu dan selepas selesai solat kami pergi ke Muzium Ferrari. Muzium ni terletak lebih kurang 900 m dari hotel so kami berjalan kaki ke sana. Muzium ni merupakan rumah Enzo Ferarri, orang yang pertama cipta ferarri. Tiket masuk muzium €22. Byk collection ferrari dalam museum ni dari collection tahun 1947 sampai lah yang terbaru. Ada juga video tayangan journey Enzo Ferrari mencipta kereta lumba. Dalam area muzium ni juga ada rumah dan juga office Enzo Ferrari. Agak menarik juga muzium ni tapi saya ni bukanlah peminat kereta so tak boleh nak appreciate sangat :P
Ferrari Museum




Selesai melawat muzium Ferrari, kami explore bandar Modena. Bandar Modena pada pandangan I sangat tenang tak macam Milan. Walaupun Modena just a small city, tapi masih ada butik2 seperti Zara, H&M. Media makanan halal pun banyak so no worries









Modena City

Friday, 16 June 2023

 25/5/2023

Venezia, Gondola ride and en route to Modena





7.00 am check out from Airbnb and Took early train to Venice. Tiket train dah beli awal masa di Malaysia. Kali ni kami try Italo train which is Italian private company train. Jumpa colleagues yang baru sampai dari Msia di Milano central and we board the train together. Kami berhenti di Venezia Santa Lucia station. Venice ada 2 station so kena make sure berhenti di Venezia Santa Lucia sebab train ni dalam pulau. Kalau train satu lagi jauh dari pulau. Sampai je station, kami simpan luggage di ‘Stow your luggage’ . Simpan kat sini lagi murah dari simpan di locker di station. Kami dah book awal2 masa kat Malaysia lagi. Harga tak ingat sebab kawan yang tolong book kan. Perkara pertama sampai di Venice of course lah kami naik Gondola. € 80 for 30 minutes dan gondola boleh muat maksimum 5 org. Sambil naik gondola, gondola man tu cerita seba sedikit pasal venice dan history bangunan2 yang ada di Venice.
Sesat di celah-celah lorong :)


Lepas naik gondola, kami explore the area sampai sesat 😂 Venice byk lorong2 kecil so kami terpaksa guna google maps utk cari jalan pulang. Lunch di Venice then kami ke Rialto Bridge. The oldest bridge cross the canal that was built on 16th century. Punyalah ramai manusia kat Rialto bridge ni. Dah lah panas giler.

The view from Rialto Bridge

Tgklah punya ramai umat manusia

Souvenir di Venice murah dari Milan- Fridge magnet €10 for 7 pieces. So kami borong souvenir kat sini. Leather goods boleh tahan murah juga di Venice. Punya lah asyik belek2 beg leather sampai hampir terlepas train :) 

Busy shopping leather bag sampai hampir nak tertinggal train :)



I tak ingat train pukul berapa so tanya lah my friend sebab tiket ada pada dia. Dengan confidentnya dia jawab pukul 4.30 pm. So kita org pun lenggang kangkung pergi ambil luggage, then siap plan nak duduk makan gelato . Nasib baik I tergerak nak tengok tiket balik, rupanya tiket pukul 4.05 PM, ada lagi 10 minit lagi sebelum train berlepas. Apalagi kami dengan luggage tu berlari2 nak kejar train. Nasib baik sempat catch the train. Sampai kat dalam train masing2 gelak nak mati .. buat hal betul lah :P 


Train Italo.. selesa, siap ada pramugara serve refreshment :)



Kami menaiki train dari Venice ke Modena sebab esok bermulalah kursus di Modena. Sampai Modena lebih kurang pukul 7 pm, check in Hotel Best Western Liberta, jalan kaki dari train station lebih kurang 15 minit. Lepas check in, kami cari makan dan alhamdulillah ada kebab halal yg dekat dgn hotel

Baru sampai di Modena, time untuk pukul 9 pm jalan cari makan


Kedai kebab halal di Modena



Thursday, 15 June 2023

 Varenna-Bellagio-Lake Como


4/5/2023
7.30 am Took early train to Varenna. The journey took about an hour. Book the ticket from Trenod apps. Varenna adalah salah satu town di tepi Lake Como. View sepanjang ke Varenna, subhanallah, sangat cantik. Tak jemu mata memandang.
The train to Varenna was diverted to Lierna due to landslide so from Lierna we took ferry to Varenna. Ferry ride lebih kurang 15 minit. Sampai Varenna masih awal lagi, crowd kurang so we all decide nak explore Bellagio dulu so beli tiket ferry ke Bellagio harga tak ingat 😂 Ferry dari Varenna ke Bellagio lebih kurang 15 minit. Sampai Bellagio kira awal lagi, kedai pun tak buka lagi dan crowd tak ramai. Bellagio ni byk tangga yang diperbuat dari cobble stone, so jalan agak tak rata. so kena pakai comfortable shoes and kena berhati2 jalan. We all ronda2 the town dan keluar masuk kedai.. byk kedai jual brg leather dan kedai pizza. Then kami lepak2 tepi tasik enjoying the view of Lake Como and Italian Alps. Makin tengahari, makin ramai orang, so we all decide nak balik Varenna. Amik ferry dari Bellagio ke Varenna. Ferry crowded giler.. sampai Varenna, hujan mula turun. Agak tak bernasib baik. Tapi sempat lah beli Gelato dan lepak2 tepi tasik. Hujan macam takde tanda2 nak reda, so we all decide nak balik Milan.


Bellagio. Masa ni kami sampai awal so tak ramai orang

View from ferry ride

Ferry ride to Varenna

View from train otw to Varenna

Second gelato @ Lake Como

Bellagio

Varenna


Wednesday, 14 June 2023

 Milano Duomo


So lepas dah makan, kita jalan-jalan pulak di arena Milan. Took subway to Duomo. Tiket boleh beli dari machine tiket. €2.20 utk 90 minit so boleh naik turun subway dalam masa 90 minit guna satu tiket je. Boleh juga pilih day pass, 2 day pass or 3 day pass. Harga tak ingat

😂
Sampai Duomo masyaAllah ramai giler orang. Amik gambar depan cathedral je.. then jalan kat shopping street area Duomo. kedai2 tutup awal dalam pukul 7 pm. Beli gelato dan makan depan Duomo sambil tengok ragam orang. Lepas jalan2, survery2 harga then kami balik Airbnb. Dinner makan Brahims yang bawa dari Malaysia.
First gelato in Italy







Tuesday, 13 June 2023

 Italy Trip 2023

Malpensa Airport to Milano Central



Duomo Milano
Duomo Milano

Assalamualaikum.. dah bersawang dah blog I ni.. boleh pula terlupa kewujudan blog ni ahahha.. last update was in 2015 tu pun tak habis pun I update about my Melbourne-Sydney trip. Actually I banyak je Travel tapi banyak update di FB. Nanti kalau ada masa I try to update here as well. Rindu pula nak blogging ;). My Italy trip is actually a last minute trip sebab I kena attend workshop kat Modena, Italy, 

I fly withd Qatar Airways from Singapore to Milan on 23/5/2023 and arrived at Malpensa Airport lebih kurang 2.30 PM local time. Immigration tak banyak songgeh and cepat je lepas urusan, luggage pun dia tak check. Dari Malpensa Airport I naik train express untuk ke Central Milano, one way €13 per person. Tiket I beli kat machine je , boleh juga beli online kat Trenod apps tapi I saja nak merasa beli secara fizikal. Jangan lupa validate tiket tu, biasanya sebelum pintu masuk ke ruang train tu ada machine hijau, validate je tiket kat situ. Kalau tiket beli online, tak perlu nak validate. Train express selesa, tempat luggage pun ada disediakan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit untuk sampai ke Central Milano. 

At Malpensa Airport, Italy


Inside Malpensa Express bound to Central Milano

Central Milano


Kami sampai di Central Milano lebih kurang pukul 4.00 PM then kami jalan kaki ke Airbnb yang terletak di belakang Central. Jalan kaki sekejap je dalam 5 minit. Lepas dah check in, kami cari makan sebab dah lapar giler. Nasib baik ada kedai kebab halal bawah Airbnb tu.. 
Airbnb kami terletak di bangunan warna coklat tu

Kedai kebab halal bawah rumah